Pengalaman Anak Berkhatan di Klinik Ajwa, Shah Alam

Assalamualaikum...

Sebenarnya ni cerita tahun 2021. Kebetulan seminggu dua ni nampak anak-anak berkhatan, terus terkenang kisah lama. Hahaha..Sekarang baru ada kesempatan nak share tentang pengalaman berkhatan Qoid dan Qhalif. Ye, dua-dua sekali khatankan. Masa umur berkhatan, Qoid 11 tahun dan Qhalif 7 tahun. Tarikh berkhatan tu 24 Februari 2021. Tempat berkhatan tu kami pilih Klinik Ajwa Seksyen 7 Shah Alam. Decide pun sebenarnya 2 minggu sebelum tu. Ada yang tanya, senang ke jaga dua-dua sekali? Macam mana ibu ayah hadapi saat tu? Macam mana nak pujuk anak berkhatan. Insha Allah, kita share sini.

CARA PENDAFTARAN BERKHATAN DI KLINIK AJWA
Memula sekali adalah buat pendaftaran berkhatan. Memandangkan zaman endemik, semua benda kena dengan temujanji. Samada melalui panggilan telefon atau online. Pendaftaran berkhatan di Klinik Ajwa boleh juga dibuat melalui panggilan telefon atau scan QR code. QR code ini akan membawa korang ke Google Form. Isi dulu maklumat anak dalam Google Form tu, nanti pihak Klinik Ajwa akan call kita untuk tetapkan tarikh yang bersesuaian. So, boleh pilih tarikh ikut slot yang disediakan.
HARGA BERKHATAN DI KLINIK AJWA
Untuk Qoid dan Qhalif, kami pilih kaedah laser atau konvensional. Laser tu macam mana? Guna pisau laser lah. Macam pembedahan. Kalau tanya Qoid dan Qhalif, macam mana dorang sunat, dorang taknak ingat. Taknak beritahu pun. Seriau. Keputusan untuk laser pun sebab Encik Hubby ada pengalaman clamp. So, kami pilih laser berharga RM200. Untuk clamp RM230. Untuk bayi harga lain seperti tertera.

LASER ATAU CLAMP?
Lepas dah decide di mana, dan anggaran harga, decide nak pilih kaedah mana. Laser atau clamp? Mana senang jaga? Mana cepat baik? Berdasarkan pengalaman dahulu, clamp tidak menyakitkan semasa berkhatan. Sebab clamp ni macam letakkan 1 alat di penis dan nak buang air senang. Kena pastikan bersih je claim tu. Tapi kena pergi semula ke klinik untuk buka clamp tu selepas 2-3 minggu. So, proses baik agak makan masa. 

Melalui kaedah laser, memang lepas hilang ubat bius, akan rasa sedikit pedih di bahagian penis. Bila kena air agak pedih sebab luka terbuka. Tapi laser dalam 4-5 hari dah baik. Sebab luka sentiasa terbuka dan dianginkan.Kena follow up juga lepas 5 hari tu untuk doktor tengok pemulihan.

MACAM MANA NAK PUJUK ANAK BERKHATAN
Ini adalah bahagian paling penting. Macam kami, anak lelaki 2 orang. Beza umur adalah 4 tahun. Kalau decide sorang je khatan, sorang lagi tunggu pun macam pening kan. Nanti adik ada pengalaman tengok abang sakit, abang pula tengok kenapa adik tak kena. So, senang. Khatankan 2 orang terus. At least, senang jaga 2 orang dan dorang ada support system sesama sendiri. 

Nak pujuk tu pun sebenarnya, ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Sakit ke tak. Kena ceritakan hal sebenar. Bukan cakap sakit macam gigit semut je lah. Upin Ipin tipu dorang kata.. Hahaha...Kena beritahu yang berkhatan ni penting untuk kebersihan diri. Lepas tu tunjukkan bahagian mana yang akan dikhatankan tu. Memang takda lapik-lapik dah. Semua jelaskan dengan terang dan betul. Benda ni macam ambil masa dalam 2 minggu jugalah untuk mereka bersedia. Selain tu, untuk persediaan mental ibu dan ayah. 
PERSEDIAAN BERKHATAN
Barang-barang yang kami sediakan sebenarnya tak banyak. Beli kain pelikat sepasang dua, beli paip khas untuk gantung kain berkhatan, dan seluar dalam berkhatan. Lauk berpantang pula beli ikan merah je. Itupun makan untuk 2 hari. Lepas tu dah makan macam biasa. Air minum macam biasa. Sebab doktor pun suggest untuk makan macam biasa. Ubat yang dibekalkan klinik hanya normal saline untuk cuci luka dan gel untuk sembuhkan luka. Seluar dalam berkhatan dan paip untuk gantung kain tu boleh cari kat Shopee. 

PENGALAMAN BERKHATAN
Hari berkhatan tu sebelah pagi. Pukul 9. Kejut anak-anak bangun solat Subuh dan sarapan semua siap. Bersemangatlah Qhalif tu. Abang Qoid agak bersedia. Tapi mungkin adalah rasa gemuruh kan. Ibu ayah pun malam sebelum tak boleh tidur. Haha.. Gemuruh juga. 

Sampai di Klinik Ajwa, mendaftar dan tunggu giliran. Pagi tu memang kami je yang berkhatan. Mula-mula sekali yang masuk abang Qoid. Alhamdulillah, proses lancar. Qoid keluar lepas tu, beritahu yang dia rasa Qhalif tak payahlah sunat ibu. Sebab abang rasa dia tak boleh tahan sakit ni. Qoid cakap, sakit. Tapi dia memang kental sikit. Dia kira boleh bertahan dengan sakit tu. Mungkin sebab umur dah 11 tahun kan. Encik Hubby yang teman pun macam seriau. 

Tapi, untuk tarik balik keputusan Qhalif tidak perlu dikhatankan kira dah terlambat. Kami teruskan juga. Kena kuat semangat masa ni. Mana tengok Qoid sakit, mana nak tengok Qhalif. Qhalif teruja sebenarnya. Penangan Upin Ipin tu kuat juga. Dia masuk bilik doktor dengan happy. Encik Hubby cerita, dia naik katil dengan semangat yang baik. Tapi lepas tu, dengar raungan dia 1 klinik. Ibu yang kat luar ni, menderu air mata dengar dia nangis.

Tapi, pujuk juga diri. Kami buat untuk kebaikan mereka. Memang perlu kan berkhatan. Insha Allah, selepas proses menyakitkan ini, akan mudah segala urusan lain. Dan selesailah apa yang perlu dilakukan untuk anak lelaki.

Selesai berkhatan, klinik berikan ubat dan barangan sampingan untuk anak-anak. Kemudian tetapkan tarikh follow up dalam seminggu selepas itu untuk doktor tengok progress. Kot2 ada jangkitan ke atau ada masalah lain ke. Doktor nasihatkan sentiasa bersihkan luka dan pastikan luka kering. 
Gambar ni pun kenangan yang ada. Kakitangan Klinik Ajwa yang ambilkan. Encik Hubby dah pergi ambil kereta. Lepas proses ni, yang kita ingat, nak balik dan selesakan anak-anak je. Gundah hati semua dah hilang, Tapi ada lagi proses lain nak dihadapi. Proses penyembuhan tu kan.

Alhamdulillah dipermudahkan masa proses berkhatan dan terima kasih sangat pada pentadbiran Klinik Ajwa. Servis bagus dan memuaskan. Inilah pengalaman sekali seumur hidup kan. Anak 2 orang lelaki. Kalau nak hadapi sekali lagi tak tahulah macam mana kan.. Hehe...

Insha Allah, next story Lynda akan share post pasal penjagaan berkhatan dan selepas berkhatan. xoxo

Lynda Che Lah




Post a Comment

0 Comments