30 Resepi Mudah Untuk Sahur

Assalamualaikum..

Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah syukur dapat jumpa Ramadhan lagi. Dah fikir ke nak bersahur apa esok? Atau bersahur apa sepanjang 30 hari Ramadhan ini? Lynda dan keluarga biasanya makan simple-simple je bila bersahur. Bila fikirkan idea dan resepi bersahur ni kan, boleh buntu juga kan. Belum lagi fikirkan idea berbuka. Hahaha.. belum puasa pun lagi dah pening ni macam mana... Kami sekeluarga memang akan pastikan ada kurma dan minuman. Makanan lain tu, bergantung. Tapi memang pilih resepi mudah-mudah je untuk sahur.

So, hari ni, Lynda nak share 30 resepi mudah sahur. Mana yang takda idea nak makan apa sahur nanti, bolehlah rujuk sini. Kira inilah 30 hari idea bersahur Lynda sekeluarga nanti. Rujuk sini je senang. 
1. Nasi Goreng
Yang paling dorang suka. Nasi goreng. Nak lagi senang, guna je perencah Adabi. Atau pilih mana-mana perencah nasi goreng sedia ada. Masak nasi malam sebelum tidur lepas tu simpan dalam peti ais. Esok pagi goreng je.
2. Roti telur
Ni pun paling suka dan paling senang. Celup je roti dalam bancuhan telur dan goreng. Atau bakar je macam French Toast. Nak buat manis, buh gula sikit dalam bancuhan telur atau buh garam kalau nak makan dengan sos cili.
3. Ayam Celup Tepung/Ayam Goreng
Ni Qhalif paling suka. Makan hari-hari pun boleh. Dengan nasi putih panas. Ayam tu prep malam tu. Esok pagi tinggal bedakkan dengan tepung Bistari dan goreng. 
4. Tomyam Sayur
Mudah dan cepat. Nak masukkan ayam, udang sotong pun boleh. Tapi kurang sikit orang rumah ni makan. Guna paste tomyam pun senang. Rebus je semua. Goreng telur dadar dan nasi panas. Siap.
5. Telur separuh masak
Makan dengan roti putih. Nak bakar pun boleh. Telur tu buh kicap dan serbuk lada putih sikit. Celup-celup dengan roti.
6. Sambal Sardin
Sardin dalam tin ni pun ikutlah. Nak masak kicap pun boleh. Mudah disambalkan je. Tapi ini Ibu Ayah je makan. Budak-budak gorengkan telur dadar. Makan nasi panas.
7. Maggi Sup
Inilah paling dorang suka. Terbukalah mata tu kalau sahur yang ni. Lynda kalau masak maggi memang celur 2 kali. Buang lapisan lilin yang first tu kan. Kalau untuk kami suami isteri letak telur dan sayur sikit. 
8. Sup Cendawan
Baru hari ke8 ye. Gigih ni lagi 22 hari. So, guna je sup cendawan instant. Bakar roti. Kalau rajin sikit, malam tu boleh prep. Beli cendawan butang dan shitake, beli cooking cream atau full cream milk. Masak sekejap dan blend. Insha Allah, sedap dan kenyang.
9. Burger Ayam/Daging
Beli dah siap-siap roti burger dan daging burger dekat Ramlymart. Budak-budak makan burger kosong je. Ibu Ayah punya letak mayonis dan sos cili. Nak buh salad dan tomato pun ok. Pun mudah disediakan.

10. Bihun Goreng
Ini pun menu favourite Qhalif. Lynda biasa masak guna je perencah Bihun Goreng Adabi. Senang. Malam sebelum tidur rendam bihun dulu. Esok pagi tinggal tumis je.
11. Sup Ayam
Lynda kalau masak sup ayam, rebus je dan letak kiub. Lepas tu tabur bawang goreng. Makan nasi panas. Anak-anak suka juga. 

12. Pancake
Sekarang kan kat kedai 2 ringgit ada jual pancake mixture kan. Beli je then bancuh dan masak. Senang je. Makan dengan nutella atau madu. Buh butter sikit.
13. Macaroni goreng/bakar
Macaroni ni pun boleh direbus dulu then simpan peti ais. Pagi boleh goreng guna rencah ayam cincang dan tumis cili kering sikit. Tambah sos tomato dan mixed vege. Kalau yang bakar punya boleh sediakan awal dan freeze kan. Yang bakar punya senang juga. Just gaul dengan sos prego spageti tu dan tabur cheese. Pagi masukkan dalam air fryer.
14.Waffle
Kalau belum beli waffle maker yang kecil tu, boleh kot beli. Beli waffle mixture kat kedai eco. Tuang je dalam waffle maker. Makan dengan jem strawberi, peanut butter dan nutella. 
15. Hashbrown dan Fries
Ini pun boleh beli di supermarket. Hashbrown biasa ada di pasaraya besar. Goreng je dan makan dengan sos. Bebudak kalau bagi ni laju juga. Celik mata masa sahur.

16. Spageti bolognese/Carbonara
Kat rumah ni kalau buat spageti kena ada 2 kuah. Satu bolognese, 1 carbonara. Sekarang dah senang. Pakai je prego tu. Nak tambah ayam cincang pun boleh. Rebus spageti, tumis bawang besar dan putih. Goreng ayam cincang sikit, tambah sos. Sedia dihidang.
17. Ayam Masak Kicap
Cara Lynda kalau masak ayam masak kicap  ni kan mudah juga. Tumbuk bawang putih dan lada hitam, gaul dengan ayam dan tambah sos tiram dan kicap. Ni nak perap semalam pun boleh. Pagi goreng ayam dengan sedikit minyak untuk caramelized kan ayam, lepas tu tuang lebihan perapan. Tambah air dan kicap kalau nak berkuah. Masuk bawang besar. Siap dan makan dengan nasi panas.
18. Pau
Ini pun senang je. Kukus dalam air fryer atau pengukus. Biasa Lynda beli yang frozen punya. Kat rumah ni yang akan laku pau kaya dan pau kari ayam. Makan panas-panas.
19. Ikan Goreng Perah Limau Letak Kicap
Ni lauk bila dah mula tak selera makan. Goreng ikan kembung biasanya garing-garing, perah limau kasturi dan siram kicap manis sikit. Makan nasi panas. Seleralah bersahur nanti. 

20. Karipap
Beli frozen juga siap-siap. Pagi goreng je. Nak senang lagi, masuk je dalam air fryer. Kat rumah ni dorang suka makan karipap.

21. Telur Mata Letak Kicap
Paling senang, paling selera. Hari ke21 dah kan. Entah lalu ke tak dah. Goreng telur mata kerbau, goreng bawang sikit dan siram dengan kicap dan cili padi potong. Jangan lupa nasi panas.
22. Kentang Sambal
Sambal kentang ni boleh basah atau kering. Kalau yang kering sedikit tu, kentang kena hiris halus macam kerepek. Kalau yang basah sedikit berkuah tu, Lynda suka potong kentang 3 segi. Sambal tak payah pedas sangat sebab sahur kan. Light2 je.
23. Kuew Tiaw Goreng
Makan pagi kena masak panas-panas. Goreng kuew tiaw pun simple je. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili mesin. Goreng sekali potongan tauhu. Letak sos tomato dan kicap manis. Perasakan. Boleh gaulkan kuew tiaw dan tambah taugeh dan daun kucai. 
24. Roti Bakar
Roti bakar pun simple kan. Alhamdulillah, kami dah terbiasa sebenarnya sahur simple. Yang penting minum air banyak dan makan buah kurma. Jadi roti bakar pun boleh makan masa sahur. Sekarang bakar je Roti Gardenia Pandan Kelapa dan Butterscoth tu. Garing-garing macam tu seleralah sikit kan.
25. Biskut cicah air
Nampak tak menu macam ni tandanya dah nak raya? Hahaha.. Buat air nescafe atau teh panas-panas, cicah biskut Hup Seng. Insha Allah cukup.
26. Telur Dadar/Telur Bistik
Ini kegemaran anak-anak. Idea Qhalif. Telur dadar tu buh tepung jagung sikit dan Maggi cukup rasa. Kacau kuat dan goreng dalam minyak panas. Nanti dia rangup di luar gebu di dalam. Makan nasi panas buh kicap sikit.

27. Maggi Goreng/Indomie
Senang juga kan. Maggi tu celur dan goreng je dengan serbuk perasa dia tu. Tak payah bubuh banyak. Tambah sos tiram dan kicap sikit. Telur mata.
28. Cekodok pisang
Senang je nak buat cekodok pisang. Guna je pisang makan kalau susah nak cari pisang yang sesuai buat cekodok tu. Taktau nama dia...Hahaha... Pisang tu lenyek2, buh tepung gandum sikit dan parut gula nise (gula melaka), garam sikit. Air taknak banyak. Then goreng.
299. Donut 2 bahan
Jumpa resepi donut segera ni kat FB. Hanya guna 2 bahan iaitu Tepung naik sendiri dan yogurt. Mixed je 2 bahan ni, masuk dalam piping bag. Kalau takde piping bag boleh guna plastik bungkus makanan tu. Then goreng je bulat-bulat. Salut gula atau cicah nutella.
30. Buah-buahan
Memandangkan dah last day bersahur, decide makan buah-buahan je. Makan epal merah, pisang Cavendish, mangga madu, buah naga yang isi putih. Senang juga kan.

Dah siap dah menu bersahur 30 hari. So, stick to this list je lah kan senang. Tapi kami memang makan macam ini tau sahur. Nasi pun masak sepot je. Lebihnya minum air putih, kopi atau milo dan yang paling wajib, kurma memang dalam bilangan ganjil. Biasa 3 biji. Insha Allah bertahan sampai petang. Cuma air kena make sure cukup start daripada waktu berbuka hingga sahur tu. Kita kalau boleh nak minimise waktu di dapur Ramadhan ni. Isi waktu dengan aktiviti mencari berkah Ramadhan ye. Insha Allah.

Gambar semua ehsan Google. TQ
Selamat bersahur korang! xoxo

Lynda Che Lah


Post a Comment

0 Comments