Penjagaan Anak-anak Berkhatan

Assalamualaikum...

Post tertunggak betulkan ini. Sebenarnya nak share pasal penjagaan anak-anak berkhatan lepas sharing pasal dorang berkhatan tu, tapi sampai hari ini baru sempat nak tulis. Sebenarnya takda banyak sangat pantang larang anak berkhatan ini. Tapi tetap kena jaga kan sebab nanti dorang sakit susah juga.

Alhamdulillah, sepanjang tempoh penjagaan 2 beradik berkhatan, mudah. Cuma biasalah kan, Sakit luka kan. Qoid dan Qhalif berkhatan secara laser, jadi luka terbuka. Maksudnya tiada dibalut. Jadi, lepas balik dari klinik, dorang buang air kecil macam biasa. Masa basuh tu pedih sikitlah. Tapi Alhamdulillah ok.

TEMPAT GANTUNG KAIN
Sebelum berkhatan, kami dah siapkan tilam letak depan TV. Yelah, nak tidur depan TV kan. Senang tak beralih-alih. Encik Hubby siap belikan game Spiderman RM200 dekat PS4. Sebab dia pun trauma tengok anak berkhatan. Ini kira salah satu penjagaan anak-anak berkhatan ye. Penjagaan mental dan emosi anak dan ayah.. hahaha... Dorang dok baring macam tu sebab kami guna tempat gantung kain berkhatan daripada paip DIY khas. Paip PVC ni boleh cari kat Shopee je. Ada orang jual. Atau kalau korang tau buat, pergi je hardware beli paip dan sambungkan. Memang berguna paip ini untuk rumah yang siling agak tinggi dan takde tempat sangkut kain.
gambar : Google

UBAT DAN PENCUCI LUKA
Kami cuma gunakan ubat yang klinik bagi. Klinik hanya bekalkan normal saline, paracetamol untuk tahan sakit dan sejenis krim antibiotik untuk keringkan luka. Kalau korang ada, aloevera gel pun boleh guna. Sebab untuk baikkan luka kan. Cuma kami memang guna hanya apa yang klinik bagi. Selain tu, bagi dorang makan vitamin C Shaklee untuk sembuhkan luka dan imun tubuh.
Normal saline tu pun, masuk dalam botol spray. So setiap kali lepas buang air kecil, dan basuh tu sembur je normal saline untuk bersihkan dan hindari kuman. Memang dok ulang-ulang spray normal saline sebab kita taknak ada masalah jangkitan kuman.
Krim antibiotik untuk luka tu sapu selepas normal saline. Lalukan je kat area luka. Insha Allah, dia keringkan cepat. 

Dan petua paling cepat kering luka khatan adalah, kami biar je dorang bebas tanpa kain dan seluar dalam rumah.. Hahahaha.. ini memang kelakar habis dan kenangan sangatlah. Dua beradik dalam rumah tak berseluar. Sekadar tutup dengan selimut bila baring tengok TV. Bila duduk, takda pakai apa-apa selain baju. Selain tu, kipas letak depan dorang. Sambil main PS4 tu pepandailah dorang cover. Tapi dah ibu nurse kan. Tak cover2 dah dedua tu.. Hahaha...
Tapi memang nak keringkan luka adalah biar berangin. So, hari kedua macam tu, dorang dah pergi toilet siap mandi macam biasa sebab luka dah tak pedih sangat. Memang anginkan je.

FASA BERENDAM
Doktor pun bagi suggestion, selepas tempoh 3-4 hari dah boleh mula proses berendam. Berendam ni untuk bersihkan sisa darah dan krim yang disapu. Masa berendam ni, kulit kering such as keruping akan tertanggal dengan sendiri sebab dia kembangkan. So, tu akan mempercepatkan proses penyembuhan. Dorang berendam dalam pool plastik je. Letak Dettol sikit dan suruh duduk berdua dalam tu. Berendam ni buat hari-hari pun boleh sampai bersih sekeliling luka tu. Masa ni kalau dorang berani, boleh bersihkan sendiri. Masa ni pun dah tak sakit dan pedih dah. Cuma ngilu lah lagi kan.

MAKANAN BERPANTANG
Anak yang berdua ni takdalah pemakan sangat. Waktu biasa pun dorang cuma makan ayam. Tapi untuk permulaan berkhatan tu, Lynda tak bagi ayam lah. Beli seekor ikan merah buat sup untuk 2 hari pertama. Masuk hari ketiga lepas tengok luka khatan tu kering dan ok, baru bagi ayam. Buat sup ayam dan lepas-lepas tu dah bagi ayam goreng. Alhamdulillah. Proses penyembuhan mudah dan penjagaan berkhatan pun mudah. 


SOKONGAN MENTAL DAN EMOSI
Pengalaman sekali seumur hidup kan. Sokongan mental dan emosi ni penting eh. Sebab dorang agal trauma dan sakit kan. Malam tidur tu kena selalu check dorang tambahan pula bila ada fasa tegang. Haha.. Ni lelaki je tau kan. Petua doktor, ketuk lutut tu bagi hilang tegang. Kami suami isteri dok urut kaki bagi dorang bertenang. Encik Hubby pula ajar teknik pernafasan. So, sokongan ibu ayah dan family yang lain penting ye dalam proses penyembuhan.

Dalam 7 hari macam tu buat follow up dengan klinik dan doktor cakap, luka berkhatan cantik. Takda infection dan takda masalah apa-apa. So, dorang pun berani pakai seluar dalam 7 hari macam tu. Jalan pun kengkang sikit tapi syukur semua normal dalam 10 hari juga. Yang penting semangat dorang nak baik dan sokongan sekeliling. Insha Allah, yang baik-baik sahaja. xoxo

Lynda Che Lah


Post a Comment

0 Comments