Home Ads

Nivea Protect & Care ~ Perlindungan Sehingga 48 Jam

Assalamualaikum..

Penjagaan diri dan bau badan sebenarnya penting. Korang pernah tak rasa tak selesa dengan bau badan sendiri? Atau bau badan orang lain. Biasanya bau badan ni berpunca daripada peluh dan pemakanan kita. Tapi rasanya kebanyakan orang pakai deoderan kan. Tapi ada juga yang tak pakai..Erk..ni ada juga Lynda jumpa. Macam Lynda, tak selesa kalau tak utamakan penjagaan diri ni. 

Selain mandi dengan bersih dan jaga pemakanan (kurangkan makanan yang berbau seperti bawang), yang penting juga adalah pemakaian deoderant. Pernah tau pening kepala dengan bau badan sendiri.. Sebab rupanya, deoderant yang biasa guna tu dah tak sesuai dengan badan. Memang kadang-kadang Lynda akan tukar deoderant bergantung kepada penggunaan. Sebab nak elakkan macam ni lah.


Nivea Protect & Care
Sekarang ni dah jumpa satu deoderan yang selesa dan tak melekit. Nivea Protect & Care. Perlindungan sehingga 48 jam. Tapi tidaklah sampai 48 jam tak mandi kan..hehehe.. Deoderant ni didatangkan dalam 2 bentuk. Iaitu jenis spray dan roll on. Yang best adalah rasa sangat ringan macam tak pakai deoderan. Yang roll on pun tak melekit. Bau lembut dan selesa. Dan yang istimewanya adalah, memang sampai petang takde bau tidak menyenangkan dan menjelikkan tu. Mandi pun tak perlu beria cuci dan sental bawah lengan sebab tidak meninggalkan sebarang kesan. Sebab memang lembut je dan yang penting berbau harum.
Selain itu, kalau bercukur tu kan sekurang-kurangnya 36% kulit kita akan tertanggal sewaktu cukuran. Jadi Nivea Protect & Care ini diperkaya dengan esen Nivea Krim yang bebas alkohol dan membantu mengekalkan kelembutan dan kecantikan bawah lengan. Ok, ketiak pun kena cantik ok..hehe..
*Produk Nivea Protect & Care Deodorant boleh didapati di pasaraya berdekatan , Roll-On 50ml RM11.30, Spray 150ml - RM17.50*

Nivea Care Run

Selain itu, demi memenuhi tuntutan sosial, Nivea Malaysia akan mengadakan aktiviti larian sihat sambil beramal di Presint 6 Putrajaya pada 29 Oktober 2017. Hasil sumbangan akan diserahkan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG). Selain itu boleh jumpa Siti Saleha dan beberapa selebriti tanah air.

Siapa yang suka join aktiviti sihat dan larian boleh ke laman web Nivea untuk mendaftar. Dan yang bestnya, korang akan terima hadiah daripada Nivea bernilai sehingga RM100 selain medal Nivea. Bolehlah mencuba Nivea Protect & Care ni sebab itu antara hadiah yang Nivea akan berikan nanti. Jumpa kat sana nanti! Insha Allah.

Untuk maklumat lanjut boleh ke:
FB : MyNivea 

Lynda Che Lah 

21 comments:

  1. Sapa2 yang suka buat aktiviti sihat kena join yang ni..kak lya pon suka nivea..best pakai nivea .. mmg ada yang roll on dan jigak semburan juga..

    ReplyDelete
  2. Nivea ni antara produk 'teman setia ' Sal . Dari dulu , kini dan selamanya bertakhta di hati ...

    ReplyDelete
  3. Deodorant nivea memang pilihan akak dari dulu lagi, suka pakai sebab kering dan tak melekit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wlupun suka tukar-tukar,last pakai nivea balik..hehe

      Delete
  4. SA suka je product Nivea...psstt...dulu masa kahwin Nivea ni la SA beli buat hantaran tau..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nivea ada gaya kan SA.dulu-dulu mahal kot.hehe

      Delete
  5. Xpernah cuba lg deodorant. Selalu pakak losyen je. Ni kena bgtau kaka ipar ni, dia selalu join.

    ReplyDelete
  6. Selain dapat tubuh badan sihat dapat beramal juga..bagus nie

    ReplyDelete
  7. Bestnya kalau dapat joint Nivea care run tu.

    ReplyDelete
  8. Produk Nivea memang bagus dari dulu :)

    ReplyDelete
  9. memang best pakai deodoran nivea ni..haish kalau tak pregnant dh lama join lari..hahaa

    ReplyDelete
  10. menarik gak. leh cuba tgk lps ni.

    ReplyDelete
  11. dah lama jadi pengguna setia nivea . yg baru ni bestttt

    ReplyDelete
  12. Berlari pon xkesah dah sebab ade NIVEA sentiasa mewangikan saya

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~