Home Ads

Wajah Baru Blog Dulu..Kini dan Selamanya

Assalamualaikum..

Keterujaan melanda sebenarnya. Tapi tak sempat nak kongsi. Lama tak lama juga fikir sebenarnya. Semuanya bermula lepas Ben Ashaari invite masuk Kelab Blogger Ben Ashaari secara rasmi. Lama sebenarnya nak join KBBA9 tapi tak tahu macam mana. So, kita berserah je lah kan. 

Kalau tak silap, ada beberapa kali Ben post di FB Kelab Blogger Ben Ashaari tanya siapa berminat nak join KBBA9 secara rasmi. Tapi Lynda tak komen pun sebab tak pasti boleh commit dengan tugas blogging ni. Sejak 2 tahun kebelakangan ni, memang kurang update blog. 

Pada 5 Ogos 2017, Ben bertanya sekali lagi dalam FB tu. Dan kali ni, dengan izin suami, Lynda komen. Nak. Tapi lepas tu Ben senyap je. Takda update atau reply. So macam...hmmm.. Encik Hubby tanya, serius ke? Boleh commit? Jawapannya kita cuba. Tiba-tiba, pada 6 Ogos, Ben reply dalam komen suruh PM sekarang. Lynda dah berbelah bagi time ni. Nak ke tak nak. Takpela. Cuba je lah PM Ben kalau dia approved. Ben minta no fone masa ni. Lynda pun PM dia. Dan rezeki, Lynda diterima masuk secara rasmi ke dalam KBBA9. Impian jadi nyata. Selama ni mimpi je. 

Berkenalan dengan ramai blogger hebat dan mantap. Terasa diri kerdil sangat. Tapi seronok sebab kita dapat belajar benda baru, cara tulis blog dengan betul. Macam mana nak tarik perhatian pembaca. Lynda memang suka menulis dari dulu lagi. Kalau ada idea, macam ni lah. Mencurah ke ladang gandum. hehe.. Seronok. Saje nak share. Dan lagi seronok bila ada respon daripada pembaca. Kita rasa macam dihargai pula. Kita boleh share apa kita tau. Dan terima juga apa yang orang kongsikan.

Tahun 2009 start blogging sebenarnya. Masa Qoid lahir. Masa tu lebih kepada perkongsian peribadi. Lama-lama orang minat baca. Tapi tidaklah semua hal peribadi kita canang dalam blog. Rancak tak rancak juga kita kongsi tips, percutian, makanan sedap. Tak silap tahun 2011 baru start nak hias blog. Masa ni Kay yang tlg buat. Selainnya, design sendiri. Tambah mana berkenan.
Nampak sangat konsep dulu warna pink je kan.. Masa zaman muda remaja gitu. Ni dah remaja purba ni, kita ubahlah colour dan Alhamdulillah ubah nama.

Sayang sebenarnya yang lepaskan nolynqoid.blogspot.com tu tapi tak adil pula bagi Qhalif sebab takde nama dia. Haha. Ni Encik Hubby yang cakap. So lepas join KBBA9, terfikir nak beli domain. Murah je domain rupanya. Dan nama yang nak tu available lagi. Macam pernah bagitau Ben dulu, kita menulis ni bukan sebab nak job ke apa. Ada job Alhamdulillah rezeki. Lebih kepada perkongsian.

Dan akhirnya, Encik Hubby pun bagi sokongan penuh dan padu maka muncul lah www.lyndachelah.com. Semangat gila dan seronok sangat. Terima kasih juga nak ucapkan kepada Huda Halid yang bantu dan sokong Lynda. Tu kita cerita dalam post lain.
So, harap yang follow selalu akan terus bagi sokongan. Macam-macam boleh kongsi nanti. Sambil tu tambah kenalan. Siapa nak tumpang iklan pun boleh. WhatsApp je Lynda ok. Nama je baru, orangnya masih sama Insha Allah. Jemput singgah. xoxo

Lynda Che Lah
Menulis bukan kerna nama

5 comments:

  1. Yeayyyy tahniah..hahah kak min pun tazabarrrrr nk tgg wajah baru ekekekke..baru ada mood nak wat posting byk2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tazaabbbbar juga nak tgk blog kak Min..hahaha

      Delete
  2. Hehe...tahniah...dah ada domain sendiri. IQ tunggu satu saat tu...kalau dah dapat...terus tukar domain dan baju blog. Hehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah...cantik blog baru ni..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~