Home Ads

Birthday Ayeed ~ Makanan Thai Yang Sedap di Little Rara Thai Noodle House, Shah Alam

Assalamualaikum..
Biasanya family kami ni bila ada birthday atau hari raya baru dapat berkumpul. Sebab masa tu je semua orang akan commit dan luangkan masa. Ahad lepas birthday Ayeed tapi sebab Ahad tu dah ada plan, kami sambut awal sikit. Atas persetujuan bersama, kali ni pilih nak makan di Little Rara Thai Noodle House Shah Alam.
Restoren ni terletak di Seksyen 7 deret Restoren Hakim dan Poliklinik Alia. Dari jalan besar dah nampak dah signboard pinky ni. Milik sepenuhnya Bumiputra dan menyediakan hidangan Thai yang lain dari yang lain. Kedai penuh selalu. So Lynda dah buat booking awal. Dorang hanya akan readykan meja untuk setengah jam je. Lewat dari itu, booking cancelled sebab ramai yang akan tunggu meja.

Malam tu kami order antaranya Pad Thai yang sedap sangat, Pulut Mangga, Ayam dan Daging Grill. Nama semua dalam bahasa Thai so boleh tengok menu dan pilih nak makan apa. Harga mampu milik. Malam tu kami dalam 13 orang dewasa, order makan macam-macam tapi harga keseluruhan dalam RM200++. Murah kot. Tambah pula perut kenyang sangat.


Menu yang disediakan pun best. Tak payah pergi Bangkok atau Hatyai untuk makan Pad Thai sedap. Ni memang teringin dah lama. Patpong tu sos dia sedap sangat. Green Tea toksah cakaplah. Sebenarnya dorang dah mula buka kat Jalan TAR. Tapi jauh lah nak pergi. So bila buka kat Shah Alam haruslah pergi dan cuba. Alhamdulillah ok dan sedap.




Hari tu pun ada suprised delivery untuk Ayeed. Mama yang aturkan dibantu Sham. Saje suka-suka bagi hadiah ke Ayeed. Semoga terus sihat, dimudahkan untuk belajar dan berjaya dunia akhirat. Walaupun kami jauh dan jarang jumpa tapi ikatan kekeluargaan dan hubungan adik beradik kena pelihara. Yang penting terus mesra macam dulu-dulu. Nanti Lynda share macam mana nak adik beradik bersatu hati walau kadang ada yang terasa hati. Tu lain ok.

So bagi peminat makanan Thai yang unik, boleh ke sini. Senang nak noticed. Kalau datang takde booking pun tak tunggu lama. Takdenya penuh orang. Sentiasa keluar masuk. Dan Insha Allah ada meja kosong. Apa-apa boleh cuba contact 03-5523 5999 untuk sebarang pertanyaan. Follow FB Little Rara untuk update juga. Insha Allah layanan pun superb.xoxo

Lynda Che Lah

6 comments:

  1. Kalau murah macam ni dan recommended tak lama lagi penuh sentiasa kedai ni kan...makan utk 13 orang RM200 kira murah gilos

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually memang selalu full SA. Sebab dah viral kat FB..hehe
      Tapi murah dan berpatutan lah kan. Dan sedap.

      Delete
  2. suka makanan thai! terutama tomyam kung! sedaapp! dekat jalan tar ada ek lynda? nak pergi jalan tar, sebab IQ lagi dekat belah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Jalan TAR first branch IQ. Pergi cuba pastu review..hehe

      Delete
  3. Allah...sedapnya nampak pulut mangga tu. Pad Thai dia pun menyelerakan nampaknya. Kalau sesat ke shah alam...boleh la terjah kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak nampak kak Aziela..hehe.. Pad Thai dia memang sedap kak. Cantik rupa, sedap rasa

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~