Home Ads

Hari Sukan Negara 2017

Assalamualaikum..
Semalam 14 Oktober diisytiharkan Hari Sukan Negara. So banyaklah acara dan aktiviti sukan diadakan. Mulanya Encik Hubby dah ajak join HSN di Putrajaya. Ada Fun Run, ada KJ tapi lastly tak kami tak buat decision nak ke mana. Qoid pun dah start cuti sekolah sempena Deepavali.

Balik sekolah hari Khamis, Qoid bawa surat cakap kena sekolah hari Sabtu. Ada hari sukan dia bagitau. Lepas tu kan Ibu, ibu bapa boleh datang. Terus baca surat yang dia dapat. Rupanya, sekolah pun support aktiviti HSN ni dan boleh disertai oleh ibu bapa sekali. So, kami decide teman Qoid dan support aktiviti Qoid di sekolah.

Berpagi-pagian lah semalam. Hari Sabtu biasanya hari kemas rumah dan sarapan di rumah. Tapi demi Qoid dan Negara (ecececece), kami ke sekolah pukul 8 pagi. Ikut tentatif mula pukul 7.30 tapi bila nak kumpulkan anak-anak yang pelbagai ragam ni memang akan lewat sikitlah.

Kami sampai memang pada masa nak mula senamrobik. Dan bawa Qhalif sekali. Dengan pakaian sukan dan kasut sukan. Semangat semua. Qoid dah hilang dengan kelompok kawan-kawan. So kami bawa diri join kelompok ibu bapa dan guru di belakang.
Wefie dulu. Masa tengok balik gambar ni, rasa dah tua kot. Haha....Umur dah banyak kan..hehe.. Biasa kita jogging dan main badminton kan. Kali ni first time kami nak join senamrobik dan diakui, senamrobik memerlukan stamina yang tinggi. Semput mak..Haha. Tapi seronok sebab dalam menari kita boleh berpeluh dan yang penting pemilihan lagu best. Ada ambil video je masa senamrobik tu. Encik Hubby kata boleh join lagi ni senamrobik sebab BEST! Cikgu Yusri yang jadi coach kat depan pun bukan main naik syok..hahaha

Tapi ada part tak syok bila Qhalif terus moody. Padahal pagi tu elok ceria je nak ikut abang pergi sekolah. Samada dia terkejut dengan jumlah orang yang ramai, atau dengan bunyi muzik yang kuat. Mula-mula muka masam, lepas tu bila tengok Ibu join senamrobik, dia diam seribu bahasa. Takmo senyum, takmo join. End up menangis nak balik.. Macam mana nak pergi sekolah ni dik?
So, Ibu hanya tunggu dia berhenti nangis dan peluk kaki Ibu. Lama-lama lepas habis lagu dan senaman, dia ok balik. Terkejut kot kan. Sebab Qhalif memang sejak dulu kalau muzik kuat dia akan moody dan tak happy. Mungkin tu salah satu sebab lah..

Lepas tu rehat kejap untuk sarapan ringan dan Qoid sambung balik dengan aktiviti sukaneka. Encik Hubby sambung pergi jogging sementara tunggu Qoid dan Ibu teman Qhalif main di playground. Kira adalah aktiviti untuk Qhalif. So lepas ni bolehlah kita join aktiviti sihat dan berpagi-pagian. Sebab kitorang semua bukan morning person. Hahaha.. Next FUN RUN! Ini tak tahulah lagi macam mana..hahaha...xoxo

Lynda Che Lah


5 comments:

  1. Hehe sonoknya , lama tak join event macam ni. Jemput join ga saya ya, tamat 20/10 ni..

    http://mellyacrayola.blogspot.my/2017/09/first-beauty-box-giveaway-by-us-with.html

    ReplyDelete
  2. mmg byk aktiviti sempena hari sukan negara...tp sabtu aritu panas btul..kt sekolah anak akak ada juga sambutan tp tk pegi plak sbb pg tu pening pale

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ni pergi pagi kak.. Cuaa pagi kan. Petang ni memang panas sgt

      Delete
  3. bw and do follow blog nih...
    HSN 2017 nampaknya sekolah akak awalkan kerana 14.10 tu dah start cuti seminggu untuk Deepavali, banyak yg dah booking tiket atau dah ada plan p mana2, nsib baik pgb faham n on je HS pada petang Khamis, 12.10 n petang, Jumaat , 13.10..

    ReplyDelete
  4. meriah! best kalau dapat join...

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~