Himalaya Wellness Boutique, Sunway Pyramid ~ 100% Herba, Halal dan Harga Berpatutan

October 13, 2017
Assalamualaikum..

Pernah dengar produk Himalaya tak? Lynda pernah dengar dan tengok tapi tak pernah beli. Tanggapan pertama yang menyebabkan Lynda tak beli adalah kerana takut harga dia mahal. Kalau beratur bersusun kat Watson pun jeling je. Sebab tanggapan bahawa barangan herba ini biasanya berharga agak mahal dan perlukan konsistensi untuk digunakan. Lagilah kalau lalu depan butik Himalaya. Jeling juga tak sanggup nak masuk. Tapi dont judge the book by its cover. Ni pepatah English dah kata. So, kali ni kita try masuk butik dan tengok dulu. Baru boleh buat perbandingan.

HIMALAYA WELLNESS BOUTIQUE, SUNWAY PYRAMID
Himalaya Wellness Boutique Sunway Pyramid terletak di LG2. Ni butik yang telah diupgrade dan mempunyai susunatur yang sangat kemas dan sangat senang nak window shopping. Semua barangan disusun ikut rak yang ada label so tak susah nak cari apa kita nak. Tapi jangan risau sebab konsultan mereka sangat berpengetahuan dan sedia membantu. Macam hari tu, Lynda beritahu ada masalah rambut, dorang akan tanya dulu keadaan kita macam mana dan akan buat syor. So kalau ada ketidakpastian ke, boleh terus tanya konsultan dorang. Hebat dorang!

PRODUK YANG TERDAPAT DI HIMALAYA

Banyak sangat produk yang dijual di Himalaya ni. Bermula dari hujung rambut sampai hujung kaki dan dari dalaman sampai luaran. Cakap je korang nak apa. Set penjagaan wajah, set jerawat, set masalah kulit kepala dan rambut. Lynda masa masuk butik rasa macam taknak keluar. Sebab semua ada kat sini. Daripada barangan dewasa hingga ke barangan kanak-kanak. One Stop Herbal Centre..Hehe..
  • Personal Care
Dari ubat gigi, sabun/gel mandian, dan Syampu. Ada barangan dan krim untuk kanak-kanak.


  • Skin Care




  • Supplemen


APA YANG DITAWARKAN OLEH HIMALAYA
  • 100% Herba Aktif dan Halal

Produk Himalaya adalah 100% diperbuat daripada herba aktif dan dijamin halal. Kebanyakan produk penjagaan diri yang ditawarkan boleh digunakan seisi keluarga dan yang penting harga amatlah berpatutan. Kenapa Lynda cakap macam ni? Sebab memang harga yang ditawarkan oleh Himalaya adalah berpatutan dengan produk itu sendiri. Harga mampu milik untuk produk herba. So selama ini tanggapan Lynda melesetlah kan. Kita ingat produk herba mesti mahal, tapi bila dah tengok sendiri, Alhamdulillah rasanya selepas ni akan bertukar terus kepada produk Himalaya. 

Contohnya, hari tu Lynda beli ubat gigi untuk gigi sensitif. Maklumlah umur dah banyak ni kan, gusi pun kerap berdarah. Makan benda keras sikit pun boleh luka gusi. So, kami suami isteri guna ubat gigi baru dan berpuas hati dengan kesan dan hasilnya. Qhalif pula dimandikan dengan gel mandian daripada Himalaya sebab kulit dia sensitif sikit dan sesuai untuk dia.
  • Membership Program
Bagi pembeli yang membeli dengan belian lebih RM100.00, Himalaya menawarkan `Membership Program' secara automatik. So kita boleh kumpul point yang boleh ditukarkan nanti dengan barangan di Himalaya. Konsultan hanya akan meminta no IC dan no telefon korang untuk dikemaskini. So, lepas ni beli boleh kumpul point dan tebus. RM1 = 1 point. Untunglah kan.
  • Produk dalam bentuk Set
Di Himalaya, kalau korang ada masalah rambut ke contohnya, konsultan akan cuba membantu korang dengan menawarkan solusi berkaitan masalah rambut tu. Hanya di Himalaya menawarkan produk dalam bentuk set contohnya macam set rambut ni. Dan harga juga berpatutan. Untuk set rambut ni hanya berharga antara RM100++. Murahlah pada Lynda sebab dapat syampu, minyak untuk baiki akar rambut, tonik dan krim untuk rambut.
  • Produk Surya & Apotec hanya di Himalaya Sunway Pyramid, Mydin USJ dan Setapak Sentral
Lynda memang dah lama nak cuba produk Surya iaitu cuka epal madu tu. Dan di Himalaya Sunway Pyramid ni ada jual. Jadi, konsultan bagi penerangan dan bagi kami cuba produk tu dulu. Dan akhirnya beli sebotol dan amal. Alhamdulillah, kesan pun dah nampak. Nanti post lain Lynda review pasal Cuka Epal Surya ni ye. 

Cadangannya memang nak bertukar semua kepada produk Himalaya sebab bahannya selamat, dijamin halal dan harga berpatutan. Sebab kebetulan dah terpikat dengan produk Himalaya. Itulah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bagi korang yang nak tengok-tengok atau cuba beli barangan Himalaya boleh ke butik Himalaya seperti di Sunway Pyramid, Setia City Mall, KLCC, MidValley dan kebanyakan produk Himalaya pun boleh didapati di farmasi terpilih. Mesti cuba tau. xoxo

#HimalayaMalaysia
#himalayamalaysiaboutique


Lynda Che Lah

21 comments:

  1. Bestnyaaaa boleh juling mata kak min masuk kedai ni hahah

    ReplyDelete
  2. Memang menarik kan produk Himalaya ni.. Lengkap.. semua ada.. Yang bestya produk dia satu keluarga pulak tu boleh pakai..

    ReplyDelete
  3. Yang terbaik tentunnya HIMALAYA

    ReplyDelete
  4. Senanglah nak cari barang himalaya sebab dah dekat dengan rumah..sebelum nie macam susah je nak cari..hehehe

    ReplyDelete
  5. Banyak juga produk himalaya ni.

    ReplyDelete
  6. Nak cari moisturizing muka la..orang kata best

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Nad. Ada kawan suggest moisturizing. Lembut je muka.

      Delete
  7. Memang himalaya ni sesuai untuk seisi sekeluarga...tak risau guna sbb parabens free

    ReplyDelete
  8. heheh tunggu gaji jer nak g serbu lagi.... nak anti wrinkle cream

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak beli set untuk muka juga kak Azni..

      Delete
  9. memang best produk Himalaya ni, mesra keluarga! IQ nak grab produk ni lagi lepas ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni memang bertukar kpd Himalaya je IQ..

      Delete
  10. dlu tau psl produk himalaya ms tu ada yg info ada pil utk bykkn susu..rupanya ada mcm2 jenis brg di bawah produk himalaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak rupanya Kak Amy. Dan yang pasti harga berpatutan..

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.