Home Ads

Kualiti Bukan Kuantiti.. Menulis Bukan Kerna Nama

Assalamualaikum..

Kalau tgk blog sendiri sekarang rasa puas. Sebab dah teratur, dah cantik dan perkongsian dah pelbagai. Macam Lynda selalu share juga, bukan menulis ni untuk glamour, dapat nama. Dapat job kira rezeki.. Sebab kita nak bantu orang di luar sana pasarkan barangan dorang atau servis kepada orang lain. Jadi medium pihak ketiga.

Dan kebanyakan yang baca blog ni Lynda kenal walaupun tidak secara langsung tapi pernah bersua muka, bertegur sapa. Dan Alhamdulillah setakat ni respon baik sebab orang suka baca cerita Lynda. Dan sebab mereka inilah Lynda masih menulis.

Mulanya, blog ni untuk keluarga. Untuk tatapan anak-anak. Suatu hari nanti sampai masa, blog ni akan lenyap di alam maya. Cuma akan jadi private blog untuk tatapan keluarga dan anak-anak. So waktu sekaranglah kita manfaatkan untuk berkongsi dengan semua orang.

Yang lagi seronok bila ada respon pembaca. Bila ada yang sudi juga berkongsi, sudi bertanya dan ni secara tak langsung menjadikan kita sahabat maya. Zaman online ni memang semua maya.  Dalam socmed bukan main bertegur sapa bergelak tawa, tapi bila jumpa in person kelu lidah, kelat muka. Kan?

Lepas Lynda yakin untuk bawa diri di medan ni, sebelum ni Lynda pemalu dan pendiam. Orang tengok muka pun tau Lynda tak gemar bercakap. Tapi lepas ceburkan diri dalam penulisan blog dan meniaga lasagna dulu, Lynda bertukar jadi lebih mesra dan boleh bergaul. Encik Hubby pun pelik. Macam mana boleh jadi macam ni. Maknanya, jadi seorang yang boleh get along dengan macam-macam orang. Boleh berniaga kat Uptown. Dia kenal kita lama kot kan. Tapi ni lah antara perubahan positif. Untuk kita rasa lebih yakin. Untuk kita jadi diri sendiri. Inner self yang sebenarnya ada pada semua orang. Tinggal nak cari dan keluarkan.

Banyak positif sebenarnya. Kita jadi berani, yakin, kental dan kuat. Apa yang datang, apa yang orang komen, kita tenang je hadapi. Tenang je lalui ranjau tu. Yang sedikit itu bagus sebab ianya kualiti. Contoh kawan yang seorang dua itulah yang boleh dipercayai dan disenangi kan..

Jadi pada Lynda, bukan bergantung kepada berapa ramai yang ikut kita, berapa banyak posting kita. Tapi yang penting berapa ramai yang rasa post kita berkualiti, berapa ramai yang hargai apa kita tulis. Itu dah cukup jadi pemangkin semangat.

Lynda pernah jatuh ditikam oleh orang sekeliling yang kita kenal dan percaya bertahun lamanya. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Masa tu, baru kita rasa. Hanya keluarga yang tidak akan tikam kita. Tapi kawan yang kita anggap segalanya itulah akhirnya akan berpaling tadah. Tapi kita kena move on. Bangkit dan tetapkan apa kita nak dalam hidup. Dan Alhamdulillah, kekuatan itulah pemangkin semua tu. Lynda dah buang jauh-jauh kawan-kawan begitu dan Allah kurniakan kawan-kawan baru yang lebih baik. Tanpa syarat, tanpa prasangka. Itu lebih mudah.

Dan ingatlah, tak selamanya kita di atas. Dan tak semua orang suka tengok kegembiraan dan kesenangan kita. Tapi selagi kita jaga batas, jauhi orang-orang negatif ini sehabis boleh. Hidup kena enjoy. Sebab kita nak buat persiapan menuju daerah abadi pun. Segalanya untuk di SANA.

Terima kasih kawan-kawan baru, readers baru dan lama. Tanpa anda, blog ini tidak bernyawa. Terus menyokong Lynda ye. Tegurlah jika tersilap arah. Kalau jumpa pun tegur juga. Insha Allah, ada rezeki ketemu jua. xoxo

Lynda Che Lah 

6 comments:

  1. Hai kak lynda . Salam kenal CCL baru follow blog akak

    ReplyDelete
  2. tulis blog ni kena ada minat...dlu ms awal2 berblogging tk reti juga sbb akak bkn jenis reti nk taip pjg2 bercerita sbb dlu2 zaman fotopages mmg byk gmbr...tp lama2 slow2 la tp tkde la membebel2 pjg berjela..kebanyakan entry mesti bergmbr ..cite tk la byk sgt tp bila kita share info ngan readers mmg syok nk2 mcm akak suka mkn2 ngan travel...kdg2 utk reference kita juga ..kdg2 lupa mkn apa yg best so rujuk blog hehe....nk2 plak skarang blogger dh meluas bole buat job melalui blog kn...sambil menulis sambil dpt income smbil kenal kwn baru mmg syok....truskan berblogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak. TQ support juga. Tu kdg kalau pergi travel, buka blog sendiri tgk nak makan apa.haha

      Delete
  3. HI kak Lynda. Migha pun seronok blogging nie. Tapi banyak lagi nak kena belajar and improve.

    ReplyDelete
  4. Seronok blogging ni..kita share ape kita nak..lagi satu sebagai memori

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~