Home Ads

Mandi Manda di Wet World Shah Alam

Assalamualaikum..

Nak pergi mana kan cuti sekolah sekejap ni? Nak jalan balik kampung takut jammed. Lagipun Qoid dan Yana nak prepare untuk exam. So bawa je dorang pergi dekat-dekat je. Dan kebetulan gigih Ibu cari voucher best Wet World. Kalau nak tau sekarang senang nak pergi Wet World ni. Ada jual je voucher dengan harga RM29.90. Dan korang akan dapat tiket free, tiket separuh harga, tiket beli satu percuma satu. Best kot nak ajak ramai-ramai.
Mana nak beli voucher ni? Voucher ni biasanya concept pre order. Tapi rezeki hari tu, dapat ready stok. Nak beli korang boleh je Google `Baucer/Voucher Wet World Shah Alam'. Ramai je yang jual voucher ni. Hari tu Lynda beli dengan orang Sungai Udang Klang. COD je senang. Dah beli boleh terus pakai.

Untuk perkongsian, harga tiket masuk Wet World Shah Alam bagi dewasa adalah RM30. Untuk kanak-kanak RM25. Ini kena ukur ye ketinggian anak-anak. Kalau lebih 90cm kena bayar walaupun umur belum 3 tahun pun. 


Kami pergi satu keluarga hari tu. Bangun pagi-pagi, pergi breakfast ramai-ramai dulu. Lepas tu terus ke Wet World Shah Alam. Waktu operasi jam 10 pagi. So masa sampai lebih kurang pukul 9.45pagi tu dah penuh orang beratur tukar voucher dan beli tiket. Masa nak redeem voucher ni. at least kena ada satu tiket dibeli. So pandai-pandailah ye nak guna voucher mana. Janji ada satu tiket dibeli dengan harga dorang. Nanti masa nak masuk akan dapat wrist band tu. Dan Wrist band ni kegunaan dia masa nak sewa Cabana dan nak sewa Tube.
Harga Cabana ada 2 jenis. Silver dan Gold. Yang Silver banyak dan merata lokasinya. Harga adalah RM100. Dilengkapi tirai dan ada kipas. Bagi yang bawa baby kecil boleh sewa cabana sebab senang nak urus kalau nak tidur ke dan bersalin pampers ke. Tapi kami hari tu sewa Cabana Gold. Ni kat tempat strategik. Contohnya depan kolam dan tempat yang memang senang nampak dan tak tersorok. Kami bayar deposit RM100 dan sewa RM150. Dapat apa? Ayah dapat tidur dengan tenang siap kipas. Masa bayar, dapat beberapa tin air minuman dan makanan ringan. Dapat peti ais untuk letak minuman dan safe box. So kitorang dah tak payah sewa locker untuk letak barang berharga macam handfon dan wallet. Dan boleh buka 10 kali kalau nak amik wallet.
 


Gambar tak banyaklah kan sebab `GoPro' ada satu je. So semua banyak video kitorang amik. Ada share kat Youtube. Handfone semua simpan. Kang masuk air. Ramai juga hari tu. Semua pakai voucher rasanya. Kami sewa 2 tube, gilir-gilir pakai. Naik Hurricane ulang-ulang, Thunder River ulang-ulang. Budak-budak toksah cakaplah seronoknya. Qoid dah hilang ikut PakLanglah, ikut Pakchik la lepas tu. Kejap kang hilang ikut Papa dan Mama..

Makanan boleh beli kat dalam. Ada pelbagai pilihan makanan daripada makanan berat dan snek ringan. Di kaunter depan dorang akan check bag ye. Takutlah dorang buang ke makanan yang korang bawa tu. Tapi pandai-pandailah..haha..sebab kami bawa bekalan snek ringan. Ni letak dalam beg. Bukan apa, pihak pengurusan mestilah nak jaga kebersihan kan. Sebab maklumlah, kalau bawa makanan lepas tu makan dalam kolam ke atau basuh bekas merata-rata ke kan boleh mengugat kebersihan. So, sambil tu sama-sama jaga kebersihan ye.



Qhalif ikut Ibu dan Ayah. Bolehlah layan dia lebih sikit. Ni musim panas ni macam best pula kan kalau dapat berendam macam ni. Voucher ada balance lagi. Kena plan balik la ni nak pergi lagi ramai-ramai.. Korang boleh cuba cari ye voucher tu. Kat FB pun ramai yang jual ni.. Dan yang penting jimat. Hanya bayar RM29.90 dan tambahan 1 tiket dewasa ke RM30. Bolehlah selainnya pakai voucher

BTW, ni tgh musim panas. Qhalif pun badan panas. Jumpa doktor, suruh minum air banyak-banyak. Dan duduk dalam rumah jika tiada keperluan keluar. Qoid balik sekolah pun kena duduk dalam rumah dan minum air banyak. Tambahan pula nak exam akhir tahun kan.. Harap semua pun jaga diri, minum air banyak dan kerap mandi kalau boleh. Take care readers 😘

Lynda Che Lah

5 comments:

  1. best gak tempat ni kan. dulu saya duduk shah alam, tapi tak pernah lagi pijakkan kaki ke sini lagi. huhu

    ReplyDelete
  2. Seronoknya ada voucher free tu...mmg berbaloi la beli lynda...rasa mcm nak beli jugak sebab nak jln dekat2 je ni...nak bawa keluarga besar mesti cari port murah mcm ni...tq lynda sharing. Juju suka baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok Juju.. boleh berjimat tapi boleh enjoy juga..

      Delete
  3. lama tak pergi wet world..kata ada bnda baru

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~