Home Ads

Nivea Care Run 2017 ~ Larian Sambil Beramal

Assalamualaikum..
Semalam 29 Oktober 2017 bertempat di Presint 6, Putrajaya, Lynda sekeluarga berpeluang menyertai 2500 orang peserta lain dalam satu larian amal anjuran Nivea Protect & Care. Kami tiba di Putrajaya kira-kira jam 7.20 pagi. Masa ni dah penuh dengan warna biru iaitu warna rasmi Nivea. Pelari amal semua dah sedia untuk dilepaskan. Suasana happening dengan lautan biru dan semuanya bersemangat. Tidak ketinggalan, anak-anak dan bayi kecil yang turut serta.



TEMA NIVEA CARE RUN ~ PROTECTS WHAT YOU CARE
Tema yang Nivea Care Run ketengahkan adalah `Protects What You Care' menunjukkan kepentingan melindungi dan berkasih sayang dalam komuniti. Dalam event ini sebanyak RM20,000 telah disumbangkan kepada Yayasan PENYAYANG dan ini juga mengajar rakyat Malaysia untuk mengutamakan mereka yang memerlukan. Kami bawa sekali Qoid dan Qhalif untuk mengikuti aktiviti sihat sambil mengajar mereka tentang komuniti dan kepentingan membantu mereka yang memerlukan. Senang je kejut dorang pagi tu. Dan bersemangat mandi awal pagi sebab nak ikut Ibu dan Ayah berjalan sejauh 5km sepanjang Presint 6, Putrajaya tu.



MATLAMAT NIVEA CARE RUN

Matlamat utama Nivea Protect & Care adalah mendidik rakyat Malaysia tentang kepentingan penjagaan bawah lengan dengan menggunakan deoderan Nivea Protect & Care yang diperkayakan dengan esen Nivea Creme serta memberi perlindungan sehingga 48jam. Di samping itu, mendidik rakyat Malaysia saling membantu kepada mereka yang memerlukan dan kurang berkemampuan.

"Kami di NIVEA bertuah kerana dapat bekerjasama dengan PENYAYANG dalam usaha mereka untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukannya. Tema Nivea Care Run adalah selari dengan nilai penjagaan teras Nivea Protect & Care yang menggabungkan perlindungan dan penjagaan rapi. Kami bersyukur mendapat sokongan daripada rakan niaga kami untuk memastikan larian ini berjalan dengan lancar. Kami juga berbangga dengan kehadiran ramai rakyat Malaysia yang memberikan sokongan kepada Nivea Care Run. Setiap hadirin pada hari ni memainkan peranan penting dalam kejayaan acara ini" 
Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdoft Malaysia & Singapura

AKTIVITI SEPANJANG NIVEA CARE RUN

Terdapat pelbagai booth dibuka di acara larian ni. Antara yang sempat Lynda singgah adalah booth Nivea Protect & Care yang berkongsi tentang fakta menarik mengenai kulit bawah lengan yang boleh terhakis sebanyak 36% apabila bercukup di mana ianya boleh merosakkan kulit bawah lengan. Di sini diterangkan tentang deoderan Nivea Protect & Care itu sendiri. Booth lain adalah booth PENYAYANG, dinding `Nivea Protect & Care' dimana peserta boleh menulis mesej kepada yang tersayang, cabutan bertuah dan pelbagai replika untuk bergambar kenangan. Kat sini Lynda dapat jumpa Siti Saleha. Cantik sangat dia. Dan yang penting mesra dan bersemangat.
Sepanjang larian, peserta kebanyakan mengambil peluang merakamkan suasana pagi di sekitar Putrajaya. Kami sekeluarga pun kira macam jalan-jalan ambil angin je pagi tu. Tak terasa dah jalan 5km sebab seronok dengan persekitaran pagi tu. Kira pengalaman baru untuk kami. Sekejap Qhalif dikendong, sekejap tu dia berlari. Sambil berjalan sambil isi masa dengan keluarga.


Perjalanan 5km berjalan kaki tu tak terasa sangat. Walaupun anak-anak dah mula penat dan Lynda pun tak rasa kaki, tapi bila nampak kilometer terakhir tu bersemangat. Bersemangat sebab tengok semua orang dah berkumpul dan bergambar kenangan. Kami akhirnya sampai ke garis penamat dengan jayanya dan memang inilah perasaan paling best lepas jalan 5km. Petugas Nivea Care Run pun bagi semangat dan happy tengok kita habiskan larian. Dan paling happy, anak-anak lah. Dapat pakai medal dengan bangganya. 


Hilang segala penat. Pada Lynda dan pihak Nivea, acara ini berjaya dengan cemerlang dan menyatu padukan semua. Dalam ramai-ramai tu pun Lynda terserempak dengan bekas rakan sekelas masa Diploma dulu. Bayangkan dah hampir 10 tahun tak jumpa, boleh jumpa kat event ni. Kak Emma pun join run dengan suami dia. Good old days kan. Selain itu, rakan blogger lain pun ada macam kak Tati Mansur, Atika dan Yulia. Ini je yang sempat jumpa.


Terima kasih Nivea Protect & Care untuk pengalaman kali pertama ini. Seronok dan Insha Allah ada lagi larian amal akan menyusul. Anak-anak seronok dan supportive. Encik Hubby pun suka aktiviti sihat. Di samping menikmati keindahan alam pagi, dapat juga kami luangkan masa dan beraktiviti dengan anak-anak. xoxo

*Produk Nivea Protect & Care Deodorant boleh didapati di pasaraya berdekatan , Roll-On 50ml RM11.30, Spray 150ml - RM17.50*

Layari Facebook MyNivea untuk maklumat lanjut tentang produk Nivea.

Lynda Che Lah

13 comments:

  1. waahh, meriahh dengan kebiruan nivea. bestnyaa.

    ReplyDelete
  2. wow! seronoknya.
    kan best satu famili ramai-ramai buat aktiviti keluarkan peluh..
    btw nivea tu my farvourite brand

    ReplyDelete
  3. Seronoknya join larian...minggu nie pun saya join larian juga the music run

    ReplyDelete
  4. Memang join run camni, akak suka. Nanti lepas habis pantang nak aktif semula.

    ReplyDelete
  5. seronok yer join run. sambil join event dapat enjoy quality time dengan family kan, memang best

    ReplyDelete
  6. seronok dpt dpt buat aktiviti sihat mcm ni..

    ReplyDelete
  7. Bagusnya Nivea Care Run ni. Aktiviti yang patut diadakan selalu. Jaga kesihatan diri sendiri dan dapat menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan bantuan. Terbaik!

    ReplyDelete
  8. bestnyaaa..bagus la kan aktiviti anak beranak camni..hehe

    ReplyDelete
  9. selalu tertanya2, deodarant yg spray tu selamat ke ek kalau pakai...huhu...tapi aktiviti ni memang best! menarik!

    ReplyDelete
  10. seronok,cik sue first time join lari2 gini,bestttt

    ReplyDelete
  11. Happening kan Nivea Care Run. Siti Saleha cantik..

    ReplyDelete
  12. Memang seronok campur penat juga kalau bawa anak-anak lari sama ni. Kami pun suka fun run. Biar anak cergas dan sihat

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~