Home Ads

nohoo2u.com ~ Beg Comel, Bergaya dan Dijamin Tahan Sepanjang Hayat

Assalamualaikum...

Pernah dengar beg yang tahan lama, dijamin waranti sepanjang hayat dan diisytiharkan selamat oleh Badan Keselamatan Kesihatan Dunia? Tak pernah kan? Hari ini Lynda nak share tentang satu jenama beg untuk anak-anak yang bukan sahaja comel, bergaya, tahan lama tetapi selamat dan mempunyai nilai pada wang korang.

Semalam Lynda diberi peluang untuk mengikuti satu event pelancaran beg kanak-kanak jenama Nohoo2u di The Parenthood Sunway Pyramid. Sampai The Parenthood pun dah teruja budak-budak. Mak budak apatah lagi kan. Tapi nanti kita cerita pasal The Parenthood yang merupakan syurga mainan dan kegembiraan anak-anak. Kita fokus pada beg comel ni dulu. Dan pastikan korang baca sampai habis tau sebab Lynda nak bagi hadiah kat korang.

Nohoo2u.com
Nohoo2u.com adalah sebuah syarikat pembuatan beg yang ditubuhkan pada 2010 dan merupakan antara pembuat beg sandang dan beg kanak-kanak yang terkemuka di Asia dan berpengalaman selama lebih 12 tahun dalam pembuatan beg dan luggage. Nohoo2u juga merupakan pembuat beg pertama yang menggunakan Noprene iaitu sejenis getah sintetik yang selamat dan mesra alam. 


MATLAMAT UTAMA NOHOO2U
Nohoo2u.com mementingkan kualiti dalam setiap pembuatan beg mereka. Tujuan utama mereka tentulah untuk menggembirakan kanak-kanak dengan beg yang comel dan bergaya. Selain itu, mereka ingin mengajar kanak-kanak supaya menjadi bertanggungjawab dengan menjaga keperluan sendiri dan menjadikan mereka memahami kepentingan menjaga dan mempunyai beg sendiri.

CIRI CIRI BEG NOHOO2U
Ciri utama beg Nohoo2u selain comel dan bergaya adalah SELAMAT (tidak bertoksik), RINGAN untuk dipakai oleh kanak-kanak, material yang TAHAN LAMA DAN TAHAN LASAK, KALIS AIR tetapi mudah dicuci, ERGONOMIK (menggunakan material yang dicipta untuk sesuai digunapakai oleh kanak-kanak dan tidak panas). Ada lebih kurang 40 rekaan beg yang pastinya menarik perhatian di kecil anda dan yang paling istimewa, Beg Nohoo2u ada WARANTI SEPANJANG HAYAT untuk zip, tali penyandang (strap) dan buckle. Lepas beli beg Nohoo2u, boleh isi Warranty Form kat website.

PELANCARAN NOHOO2U DI THE PARENTHOOD SUNWAY PYRAMID
Pelancaran beg Nohoo2u ni sempena dengan kehadiran Nohoo2u ke The Parenthood, Sunway Pyramid. Wakil Nohoo2u telah memberi sedikit penerangan dan memperkenalkan beg ini kepada kami. Selain itu, kami dapat doorgift yang menarik dan menggembirakan anak-anak. Selepas aktiviti penerangan, kami dibawa melihat booth Nohoo2u dan aneka rekaan Nohoo2u yang menawan hati. Kalau dah tawan hati Ibu-Ibu ni, hati anak apatah lagi. Sambil Ibu window shopping, anak-anak diberikan ruang untuk mengisi masa dengan aktiviti mewarna.


Qhalif bergaya dengan beg Nohoo2u pertama dia. Ni rekaan Car berharga RM129.00. Ada tema Laut, Haiwan dan Istana. Qhalif suka beg ni sebab ringan dan rasa selesa pakai. Walaupun masukkan botol air kecil dan barangan Qhalif macam pampers dan baju, beg ini tak berat dan meloyot. Ia stay as it is.
Jalan kat Sunway Pyramid semalam takda mengadu sakit bahu. Sebab beg ini ringan dan tidak membuatkan belakag Qhalif berpeluh.
NAK BELI NOHOO2U
Nohoo2u boleh didapati di Aeon Midvalley, Aeon Shah Alam, Sogo KL, The Parenthood Sunway Pyramid. Tapi sekarang kan zaman online, Nohoo2u boleh dibeli di website dengan tawaran harga yang menarik dan semua rekaan pilihan ada di website

Harga bermula daripada RM99.00 - RM149.00 bergantung pada saiz dan rekaan.

KHAS UNTUK PEMBACA LYNDACHELAH.COM
Ok. Ni tawaran istimewa tau untuk korang pembaca setia blog Lynda. Nohoo2u nak bagi diskaun sehingga RM10 untuk setiap pembelian dengan menggunakan promo code yang Lynda akan berikan. Korang boleh log in dan daftar ke www.nohoo2u.com lepas tu pilih apa korang nak beli. Bila nak check out nanti masukkan promo code lyndalovesnohoo. So sesiapa yang berminat dan suka tengok beg comel ni boleh terus ke Website Nohoo2u untuk shopping. Memang berbaloi dengan harga dan kualiti beg yang Nohoo2u tawarkan. Korang mesti puas hati. Jom sama-sama ada beg comel Nohoo! Happy shopping korang! xoxo

Website : www.nohoo2u.com
Careline/ WhatsApp : 011-11 666 999

Lynda Che Lah

8 comments:

  1. cute muit kn beg2 tu...nk2 plak kalo yg si kecil bawa ngan corak yg pelbagai...nice meeting you lynda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akhirnya dapat jumpa Kak Amy..Beg ni comel kan. Ni nak beli untuk Qoid pula.

      Delete
  2. Replies
    1. Beli satu untuk Rayyan. Comel je..hehe

      Delete
  3. Geram tengok beg2 nya..ade voucher boleh guna

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~