Home Ads

Qhalif Umar ~ 3 Tahun 7 Bulan

Assalamualaikum...
Umur sebenarnya baru 3 tahun 7 bulan tapi mulut potpet bijak bercakap. Qhalif lebih berani dan bersemangat jika nak dibandingkan dengan Qoid yang manja dan bersikap bergantung. Sebab kehadiran Qhalif sewaktu Qoid baru nak masuk sekolah, jadi perhatian masih diberi kepada abang. Mungkin itu menyebabkan ciri berani dan bersemangat tu ada.
Qhalif masih lagi pakai diapers. Bila nak ajar free diapers masih belum dikenalpasti. Haha..Sebab dia adalah sangat teliti. Bila terasa nak kencing sikit pun dah berlari pergi tandas. Jenuh keluar masuk tandas. Nanti kita cuba lagi.

Qhalif bijak bawa diri. Dia boleh main sendirian. Dia takde masalah tengok TV seorang diri. Tapi sebagai yang kecil, dia manja dan boleh bersama dengan semua orang. Dia BFF TokAyah dan Onny, BFF Ibu dan Ayah, BFF PakLang, Pakchik dan Paksu..BFF semua oranglah. Dia pandai berbual dan perbualan dengan Qhalif biasanya mencuit hati. Siapa ntah yang ajar dia macam tu. Ke sebab persekitaran dia dengan orang yang matang kan.

Qhalif kuat semangat. Hati waja tapi kalau jatuh dan ada luka sikit, menangis satu kampung dengar. Segala macam bunyi ayat dan perkataan keluar. TokAyah kata bahasa Siam. Haha.. padahal luka sikit je dan perlu bandage untuk tengok macam dah ok.

Qhalif juga rajin. Selalu dia tolong Ibu basuh baju, tolong Onny basuh pinggan, tolong ayah vacumm. Kadang-kadang tolong lipat baju dan angkat masuk almari walaupun dah tak rupa baju. At least effort kan. Itu yang kita nak tengok.
Dah pandai kayuh basikal dengan 3 tayar je. Sebelum ni tak pandai kayuh cukup satu pusingan kayuhan. Kiranya dah laju dan boleh saing dengan orang lain kayuh basikal. Dan dia akan jadi penasihat abang. Kadang gelak dengar dia nasihatkan abang. Dia quote balik kata-kata Ayah Ibu. Macam dah besar sangat. Tapi sebab dia ada strong personality kami rasa dia akan jaga abang kat sekolah nanti. Haha..Bukan apa, sebab Qoid soft personality. Baik je kena buli pun diam. So berbezalah 2 beradik ni.

Makanan tak memilih sangatlah. Paling suka spageti. Dapat carbonara lagi suka. Dan terbaru, makan nasi goreng cina. Ni pun suka sebab tak pedas kan. Boleh order dan share makan dengan dia. Minum air masak pun pandai. 

Setakat 3 tahun 7 bulan ni kesihatan baik. Tapi kalau Qhalif sakit amik masa lama juga. Tapi syukur, amat jarang. Semoga terus sihat dan jadi buah hati semua orang. Lebih bijak dan Ibu Ayah decide pergi sekolah masa umur 5 tahun sebab dia strong sikit. Insha Allah boleh adapt dengan alam persekolahan.xoxo

Lynda Che Lah

1 comment:

  1. Heheh comel Qhalif..moga membesar jd anak yg soleh

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~