Home Ads

Restoran Babah & Co, Seksyen 7 Shah Alam.

Assalamualaikum..

Hari ni Lynda nak review satu restoran fine dining yang korang boleh pergi dan enjoy suasana makan dalam keadaan agak mewah dan selesa. Lynda ke Restoran Babah & Co yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Restoran ni terletak di bangunan berdekatan dengan Restoran Jemari. Dari jalan memang boleh nampak signboard dan bangunan warna hitam tersergam indah.
Restoran ini sesuai kalau korang nak buat event macam suprise party ke, atau birthday party orang tersayang. Minimum pax dalam 30 orang dan maksimum dalam kurang 100 orang sebab dorang ada tingkat atas yang boleh disewa khas. Masa kitorang datang, ada satu table dihias dengan tema harijadi.. Cantik dan menarik.

Babah & Co menghidangkan makanan Asia dan makanan barat. Makanan Asia tu maknanya makanan pilihan Malaysia macam nasi lemak, nasi pillaf, nasi beringin, masak lemak.. Sementara untuk makanan barat/fusion ada Burgers, Pasta, Grills dan pelbagai pilihan minuman berasaskan kopi dan teh. Minuman istimewa Babah & Co pun ada.

Malam tu kami order Air longan dan air suam. Sebab dah malam kan. Untuk Qoid macam biasa kegemaran dia Fries. Tu senyum sampai telinga. Qhalif suka carbonara kan. Jadi Lynda makan Carbonara dengan Qhalif. Big portion juga lah makanan di Babah & Co. Senak juga perut nak abiskan walaupun makan 2 orang. Untuk Encik Hubby, dia order Beef Burger. Untuk set burger ada sekali Onion Ring, Mix Salad dan Fries. Kenyang juga tu.. And as usual, camera eats first.. hahahaha..




Dari segi rasa dan persembahan makanan menarik. Semua makanan sedap dan big portion. So memang kenyang. Puas hati dengan rasa masakan. 

Dari segi layanan, ni nak puji sebab tiptop. Bila pelayan tengok kita terkebil-kebil tengok menu, dia datang dan beri bantuan dari segi mengesyorkan hidangan apa yang terbaik dan laris. Dan bila kita tanya menu ni berasaskan apa pun, dia dapat explain dengan jelas dan buat kita rasa konfiden nak cuba. Kiranya serba tahu lah pelayan di Babah & Co. Korang tak payah risau nak makan apa. 

Dari segi harga, bagi Lynda berpatutan. Dengan saiz besar dan banyak. Serta layanan dan suasana yang selesa dihiasi lagu blues. Tenang dan semua orang yang makan pun nampak bertenang. Kebersihan pun tiptop dan terjamin. Senang cerita selesa dengan konsep dan gaya restoran ini.
Jadi, bagi orang Shah Alam dan sekitar, kalau tak tau nak buat event kat mana, boleh try contact Babah & Co. Boleh follow IG dorang dan WhatsApp untuk sebarang pertanyaan.

Alamat : 51, Jalan Plumbum P7/P, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
IG : babah.co
No Phone : 017 3944548/012 227 4755
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (11 pagi - 12 tgh malam)
                      Jumaat (3 petang - 12 tgh malam)

Lynda Che Lah

3 comments:

  1. Ada nampak hari tu. Tak sempat lagi nak p. Kena try ni

    ReplyDelete
  2. wahh menarik ni..leh try..tq Lynda for info

    ReplyDelete
  3. Haaa k aznj pernah p 2 kali... ambience dia best

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~