Home Ads

Tempah Domain dan Design Blog dengan BG Design Resources

Assalamualaikum...
Sebelum buat keputusan nak beli domain, Lynda ada buat research sikit pasal domain ni. Tapi ada part yang agak sukar dan mengambil masa iaitu nak eksport semua pengisian blog ke domain baru ni. Kena tengok betul-betul dan susun bebaik. Kalau ada kesilapan mungkin blog tak seperti yang diharapkan. Dah lama juga mencari pakej yang berpatutan dan mampu milik untuk buat design baru dan sekaligus tolong setup kan domain baru.

Lepas bincang dengan Encik Hubby, Lynda pun WhatsApp Huda Halid sebab tau yang suami Huda pandai buat blog, design semua ni. Tanyalah dulu kan mana tau boleh tolong ajar. Sekali Huda inform, company design suami Huda boleh buatkan design blog dan buat domain sekali. Wah! Ni dah senang. Kira one stop centre lah kan. Tak payah susah-susah nak fikir dan ambil masa design dan arrange domain.
BG Design Resources menawarkan perkhidmatan menawarkan perkhidmatan untuk blog, website, logo, poster, design Instagram, Bisnes Kad dan macam-macam produk pengiklanan yang dapat membantu anda dalam melaksanakan sebarang bentuk acara dan bisnes. 

Macam Lynda, hanya perlu bagitau nak design macam mana dan nama domain yang Lynda nak. BG Design Resources akan buat daripada A to Z dan akan keep in touch untuk beritahu perkembangan dan tunjuk dulu design yang kita nak. Urusan pembayaran pun mudah. Lepas dapat invoice, boleh buat bayaran online kepada akaun Maybank atau CIMB. BG Design Resources akan pastikan pelanggan dimaklumkan tentang sebarang penambahan maklumat dan sebagainya. 
Dan yang menariknya, selain daripada design blog dan setupkan domain, BG Design Resources boleh buat Bisnes Kad yang cantik, kalis air dan harga berpatutan. Lynda pun dah tempah dan dah dapat pun. Poster untuk IG atau FB pun BG Design Resources boleh buat. 

Dan berita terbaik, sekarang BG Design Resources ada pelbagai promo menarik ditawarkan bagi mereka yang berminat untuk buat design baru, tukar atau upgrade blog dan reka Bisnes Kad pilihan hati korang. Cepat jadi antara yang terawal untuk buat tempahan dan mendapat harga istimewa! Korang mesti tak percaya dengan harga dan tawaran yang BG Design Resources tawarkan.

Boleh tengok Promo Hebat dan Menarik kat sini :



Terima kasih banyak-banyak kepada BG Design Resources dan Huda Halid sebab bantu merealisasikan antara impian Lynda. Nak harap Lynda buat sendiri, entah bilalah baru siap www.lyndachelah.com ni. Masa yang diambil pun tak lama, tapi kena tunggu giliran ye. Sebab BG Design Resources antara pilihan untuk pelbagai bentuk pengiklanan sekarang.

Nak tahu lanjut, nak tengok-tengok dulu, nak buat kiraan dan tambah idea boleh terus hubungi mereka ok. xoxo
FB : BG Design
WhatsApp/Call/SMS : 010 - 7950473
Emel : bgdesign.biz@gmail.com

Lynda Che Lah

1 comment:

  1. Alahaiii... terlambat tahu... br je sebulan beli domain.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~