Home Ads

Food Truck Anggerik Mall, Shah Alam

Assalamualaikum..
Sekarang ni ramai orang pilih nak makan di Food Truck kan. Sebab biasanya, terdapat pelbagai pilihan makanan di Food Truck ni. Cakap je korang nak makan apa. Semua ada. Ala-ala hipster pun ada. Trend ye skrg makan di Food Truck.

So malam Sabtu lepas, Lynda ke Food Truck Anggerik Mall, Shah Alam. Masa pergi tu lebih kurang pukul 8 malam. Memang awal. So meja belum penuh. Kalau pergi Anggerik Mall ni, parking tutup untuk food truck. So parking lah memana tepi-tepi jalan tu tapi jangan halang laluan tau. 
Di Anggerik Mall, bilangan food truck tak banyak. Seingat Lynda ada dalam 10 Food Truck ye. Antara yang ada adalah Char Kuew Tiaw, Coffee Lover, Pizza, Burger, Aiskrim Corner, Coconut Shake etc, Pasta, Makanan Asia (Kambing Grill dan Nasi Ayam Berempah), Western Corner (Chicken Chop etc).

KONSEP MAKAN DI AREA FOOD TRUCK
Kat sini, korang boleh pilih apa korang nak makan, pergi order dan bayar. Makanan akan dihidangkan dalam kotak makanan. Tunggu makanan siap dan selamat menikmati makanan. Lepas makan, sila kemas meja. Buang sampah dalam tong sampah yang disediakan. Ada orang tolong lap meja je jika kotor. Tapi tolong beri kerjasama dengan kemas meja korang untuk digunakan oleh orang lain.


DASH e-WALLET
Lagi satu, di sini juga ada satu grup yang memperkenalkan e-wallet. Iaitu Dash Wallet. Boleh download dari Apps Store. Tujuan Dash Wallet ni untuk memudahkan urusan jual beli di setiap food truck. Mudah sebab korang tak perlu bawa duit dan menghadapi masalah `duit kecil' sewaktu pembayaran. Nak topup e-wallet pun boleh je jumpa mana-mana agen mereka di sini. Nanti dorang akan upload dalam apps korang.

CARA GUNA DASH e-WALLET
Mudah juga bila gunakan e-Wallet ni. Cuma pilih menu yang korang nak di setiap apps food truck - scan QR Code - masukkan no meja - buat bayaran - tunggu pesanan sampai.
Tapi kelemahan sistem ni adalah walaupun korang dah buat pilihan menu, bayaran dah dibuat, korang tetap kena beritahu kepada owner apa korang order. Lynda tak faham kenapa tak link pilihan menu korang tadi dengan owner food truck. Kalau owner terlupa pesanan korang habislah menunggu sampai sudah. Harapnya pihak DASH akan upgrade ye sistem ni. Sebab memudahkan tak payah duit tukar ke apa ke..

MAKANAN YANG DIHIDANGKAN
Ni personal opinion ye.. Kecewa! Sebab makanan yang dapat tak panas walaupun dimasak panas di dalam food truck. Harga dah mahal antaranya bermula harga RM5 sehingga RM20 sepinggan. Kuantiti pun agak sedikit. Ye, Lynda faham kos sewa tapak agak tinggi tapi berniaga makanan ni kalau sedap orang akan datang lagi. Lynda takkan sebut kami makan apa malam tu. Tapi semuanya tunggu dalam 10 minit tapi makanan yang datang sejuk dan rasa..bolehlah je.. Pada kami baik makan di gerai yang menghidangkan makanan sama. Harga lebih kurang tapi rasa ada. 

So, please food trucker.. Korang kena ada plan macam mana nak bagi sedap lagi masakan korang dan tambat hati orang untuk datang dan makan lagi. Susah ok nak build up somethings ni. Kena tambah baik.
Ok..walaupun makanan tidak memuaskan hati tapi yang penting quality time. Sebab anak-anak seronok makan sambil tengok bintang dan langit. Sambil tengok kapal terbang lalu. Takde orang smoking merata. Dorang bebas bergerak sebab kawasan agak luas tapi kena monitor lah kan. Dan takde wifi disediakan. Pls talk to each others..hehe.. 
Bagi peluang kepada usahawan Melayu dan muda membina empayar tapi kena bersungguh lah ye. Kalau korang dah sampai tahap ni, patut boleh usaha lagi untuk tambah baik dan akhirnya akan tercipta satu empayar korang sendiri.. btw Food Truck di Anggerik Mall ini dibuka setiap malam ye.. xoxo

Lynda Che Lah



10 comments:

  1. selalu nak makan kat truck cp cook tu. tapi bila pergi kalau x penuh mesti cp cook tu ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjelang malam minggu memang full sampai tak cukup kerusi.

      Delete
  2. thats why IQ akan memilih truck mana yang masak bila kita order, sesetengah truck ni dah ada yg masak awal. like macam hanya perlu buat packaging je.

    setakat ni IQ makan dekat wangsa melawati memang best! siap ada live band lagi. syok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi yang ini minta tunggu 10minit so kita expect preparation dia the bomb la.. tapi sampai kat kita bawah kotak pun tak panas.

      Delete
  3. lama tak pegi food truck..asyik takde mase jek..hehehe...

    ReplyDelete
  4. wahhhhh situ pun dah ada food truck ye ,lama tak lepak shah alam huhuuu

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. memang mudah. Tiada lagi masalah "takde duit kecik ke kak?"

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~