Home Ads

JONLIVIA ACTIVPANTS S5+ FULL LENGTH ~ Kekal Aktif dan Selesa

Assalamualaikum..

Siapa kata orang kurus tak perlu bersenam? Nampak je Lynda ni badan kecil dan kurus tapi tahap kolesterol pun kena jaga juga. Sebab orang yang susah nak naik berat badan ni kan, boleh makan apa sahaja. Tapi kena kawal juga. Salah satu cara untuk kawal adalah dengan melakukan rutin senaman.

Dan bila nak bersenam kita perlukan juga pakaian yang sesuai. Mudah bergerak, tidak mudah koyak, serap peluh, ada kocek. Kalau boleh semua nak ada pada pakaian senaman ni..Dan sebenarnya memang ada. 

WOMAN ACTIVPANTS S5+ FULL LENGTH BY JONLIVIA
Lynda diperkenalkan dengan satu jenama yang sudah bertapak selama 3 tahun dalam dunia pakaian senaman. Jonlivia Sdn Bhd. Jenama pakaian senaman ni ada mengeluarkan pelbagai rekaan selesa untuk pakaian senaman dan harga yang ditawarkan berpatutan.  Dengan ActivPants ni, kita boleh melakukan aktiviti senaman tanpa perlu rasa gusar dan selesa sebab kain yang digunakan selesa sangat.

CIRI_CIRI UTAMA JONLIVIA WOMAN ACTIVPANTS 5S +

1. 100% diperbuat daripada Neoprena dan Teknologi Neoheat
Kain jenis ini adalah kain yang menyerap haba dan menyerap peluh. Bila bersenam, peluh kadangkala merimaskan tapi dengan Jonlivia Activpants ini, akan membantu mengekalkan suhu badan. Bila pakai kaki terasa panas tetapi kain jenis ini adalah elastik, mudah dipakai dan tidak mudah koyak. Kalau masuk mesin basuh pun tidak akan renyuk. Teknologi yang digunakan adalah teknologi tinggi dan kain jenis Neoprena ini adalah selamat dan bebas toksin.

2. 4 Lapisan Unik Yang Menyerap Peluh dan Mengekalkan Haba


4 lapisan unik iaitu External Fabric, Hight Performance Neoheat Fabric, Internal Fabric dan Special Airy Fabric ini membantu kadar penyerapan peluh dan menyekat haba serta melancarkan pembakaran lemak/kalori sewaktu senaman. Dengan ActivPants ni tak risau seluar basah sebab berpeluh.

3. Poket di Bahagian Dalam dan Double Layer Waist

Menarik kan ada poket macam tu. Kita boleh bawa IC atau duit dalam poket tu je. Tak payah beg dan tak risau duit jatuh atau kena ragut. Poket tu berada di dalam seluar. So tersorok. Bila pakai, ActivPants ni tak bergulung sebab double layer waist. Boleh pakai sampai cover perut juga. Tidak menggelebeh dan yang penting selesa di bahagian punggung. Tak ketat dan  just nice kalau pilih saiz korang yang betul. Saiz boleh didapati daripada XS hingga 4XL. So takde alasan, tak jumpa seluar senaman yang sesuai.

4. Mudah dipakai dan selesa
Masa nak pakai tak susah sebab taklah ketat macam dilihat. Mudah dipakai dan mudah bergerak. Boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti yoga, berbasikal dan berenang pun boleh. Masa pakai ni rasa tiba-tiba kaki jadi panas. Oklah tu kan. Tak buat apa gerakan senaman lagi pun dah panas. Kalau di rumah, Lynda buat pergerakan ringkas macam silangkan kaki ni. Dan rasa selesa. Takde rasa tersekat ke atau tertarik. Bahagian punggung rasa agak selesa sebab kain ni lembut. Macam ada span.hehe.. Jadi pergerakan tidak terbatas.

HARGA WOMAN ACTIVPANTS 5+
Harga bagi sepasang seluar ni adalah RM250.00. Tapi berbaloi dengan kualiti dan ini kiranya pelaburan yang berbaloi. Sebab 3 dalam 1 juga ni. Boleh kecilkan kaki, kecilkan perut dan boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti harian. Lynda pakai ni masa pergi kerja. Disebalik baju kurung tu, boleh juga sambil tu kecilkan kaki.. 

Tapi, sekarang ni Jonlivia ada menawarkan harga menarik sehingga RM188.00! So siapa yang memang mencari seluar senaman yang boleh membantu korang dalam proses pengurangan inci dan penurunan berat badan boleh terjah laman Web Jonlivia untuk mendapatkan set pakaian senaman korang. Mesti ada satu lah kan at least. Lynda dah ada! Korang pula! Boleh terjah sini ok untuk harga istimewa. Happy shopping..xoxo

Website : www.jonlivia.com
Call : 016 384 5358

Lynda Che Lah



2 comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~