Home Ads

Lazada Online Revolution: Shop The Universe ~ 11.11.2017 till 14.12.2017

Assalamualaikum..

Lazada ni kan..suka sangat lah buat sale. Ada je sale yang dilancarkan setiap bulan. Yang special kali ni dorang ada <Lazada Online Revolution 2017 : Shop The Universe>..Mampu ke nak shooping seluruh alam ni? Di Lazada mampu.. Sebab macam-macam item ada kat Lazada. Even Encik Hubby beli keyboard laptop pun kat Lazada. Kalan nak ikut sekarang delivery Lazada semua nama dia. Ada je beli barang. Bila tanya katanya senang dan mudah beli barang di Lazada. Dan barangan yang sampai pun mencapai piawaian dia. Maknanya, puas hati dengan harga dan kualiti..


Bagi kaki shopping atau yang cari barang dengan harga berpatutan dan murah, korang boleh tunggu Lazada Online Revolution ni yang akan bermula pada 11.11.2017 sehingga 14.12.2017. Sebulan. Insha Allah, masa tu balance gaji ada lagi dan gaji baru pun dah masuk. Boleh shopping secara berhemah.

BARANG PERTAMA YANG DIBELI SECARA ONLINE

Seingat Lynda, benda pertama yang Lynda beli online adalah tudung. Tahun bila start shopping online ni rasanya masa tu tahun 2010. Ni beli tudung Naelofar. Yang paling awal punya batch. Masa ni web online tu takdelah sold out je memanjang tudungnya macam sekarang. Sebab jarang sangat orang beli online tahun tu. Senang dan mudah beli tudung online. Tertarik dengan gambar tudung tu dan nak jadi orang pertama yang beli..hehe.. Senang dan mudah sebab semuanya transfer online. Tapi tudung Naelofar pun dah boleh beli kat Lazada sekarang ni..

APA YANG BOLEH DIBELI SECARA ONLINE

Pada Lynda, banyak benda boleh beli online. Daripada pakaian sehingga ke peralatan komputer, memasak, alatan belajar, perabot boleh dibeli secara online. Yang penting, terdapat kaedah penghantaran yang efisien dan selamat. Supaya bila kita beli barang tu, tengok keadaan dalam gambar tu menarik, diharap bila terima barang tu pun keadaannya baik. Tapi jangan risau sebab Lazada menawarkan jaminan bagi setiap barangan yang dibeli. Macam sekarang, Lynda prefer beli alat gantian barangan komputer yang sukar didapati di kebanyakan kedai komputer. Kalau adapun harga agak mahal dibandingkan dengan beli di Lazada. 

KENAPA SHOPPING ONLINE BEST?

Hanya yang pernah shopping online je akan tahu betapa seronoknya semuanya di hujung jari..hahahaha. Pada Lynda, shopping online ni seronok sebab kita ada banyak masa nak fikir dan tengok barang tu walaupun tak dapat pegang. Dapat baca review dan buat perbandingan. Kita pilih dan masuk dulu dalam `wishing list' atau `cart' kemudian fikir dan kira bajet. Sambil tu, boleh tengok barangan lain. Bila dah pasti nak beli apa, terus je order dan buat bayaran. Bayaran pun secara online so tak payah pergi bank untuk keluarkan duit. Takde charges pun. Tak payah juga beratur dan bersesak-sesak. Sambil shopping sambil makan coklat M&M..haha.. Dan yang penting, tak payah susah-susah tolak troli barang. Semua terus dihantar di depan pintu rumah. Seronok kan!

NAK BELI APA MASA ONLINE REVOLUTION NI?

Memandangkan sale ni, Lynda dah target nak beli 2 3 item di Lazada. Yang pertama nak sangat beli mestilah Philips Pressure Cooker ni. Dahlah harga mampu milik, barangan berjenama dan yang penting kualiti terjamin. Cemburu je tengok grup masakan kat FB. Dorang masak macam-macam dalam ni dan memudahkan kerja dapur kan..

Barang kedua yang nak dibeli adalah vacumm ni. Dah ada dah vacumm cleaner kat rumah tapi nak beli yang siap wap ni. Senang kerja, sapu dan mop terus. Rumah ni kena seminggu sekali vacumm dan mop sebab fahamlah kan budak keluar masuk rumah. Dan rumah macam senang berdebu atau berhabuk kan..Harga pun berpatutan tu. Hadiah untuk Encik Hubby sebab dia suka kemas rumah..

Dan antara dalam pemerhatian adalah dining set. Sebenarnya, banyak lagi hadiah kahwin dulu. Tapi saja nak tukar rupa pula. Dan yang menguatkan alasan nak beli dining set ni sebab semua teko yang datang dengan dining set dah pecah. Takde satu pun teko tinggal. Nak beli teko je pun harga mencecah dekat RM50 ke atas. Baik kita beli satu set terus. Boleh tambah koleksi kan..


Kalau ada yang kelapangan dan berniat nak shopping macam Lynda, boleh tunggu  <Lazada Online Revolution 2017 : Shop The Universe> yang akan bermula pada 11 November 2017 sehingga 14 Disember 2017. Boleh planning bajet korang sekarang tau. Ada lebih kurang sebulan untuk shopping dan pelbagai barangan kelengkapan, fesyen dan lain-lain yang ada di Lazada Malaysia. Jangan ketinggalan tau! xoxo


Lynda Che Lah





2 comments:

  1. Eh sama lah brg yg kita nak beli, vacuum....kena beli juga...adoiii budak2 ade kt rumah sentiasa berhabuk tau. Entry lazada x publish lg..duk dlm draft..hehehe

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~