Home Ads

MIN'Z SAMBAL HITAM PAHANG ~ Sekali Rasa Tak Boleh Berhenti..

Assalamualaikum..
Korang pernah tak ada hari rasa malasnya nak masak tapi lapar? Lapar yang memang kena makan nasi? Lepas tu rasa macam tak selera nak makan tapi kena makan. Ada kan kadang-kadang kita macam tu. Kadang-kadang takde mood nak masak gulai ke, sup ke. Kalau boleh nak masak nasi, goreng telur dadar buh kicap je. Kan..

Tapi kan korang, lepas Lynda disuakan dengan Min'z Sambal Hitam oleh tauke Min'z Sambal Hitam, rasa hari-hari rajin nak masak! Rajin nak masak nasi je kalau boleh. Sebab seriously Sambal Hitam yang ni tak tahulah nak kata. Kenapa lah sedap sangat!
Bukannya tak pernah makan sambal hitam, tapi yang ini lain. Sedap, cukup masam dan manis, pedas tapi tak terlalu pedas. Semua orang boleh makan. Masa dapat ni sebenarnya tak sabar nak buka dan rasa. Esoknya baru masak nasi, goreng telur dan buah tomato. Letak sesudu kecil Min'z Sambal Hitam Ikan Talang tapi suduan pertama kat pinggan Lynda tu dah sekelip mata hilang sebab Encik Hubby yang beria cuit. Dia bukan jenis makan sambal tau. Tapi Min'z Sambal Hitam berjaya membuka selera dia. Makan nasi bertambah hari tu walaupun diet konon.
Min'z Sambal Hitam ini diusahakan pasangan suami isteri yang menguruskan sendiri dari segi pemilihan barang, memasak dan memasarkan. Ada 2 ke 4 jenis sambal tetapi yang paling popular dan mendapat sambutan hangat adalah Sambal Ikan Talang dan Sambal Bilis Basah. Dimasak sehingga 8 jam dengan pebagai ramuan dan belimbing buluh terpilih. Semua belimbing hitam diambil di Raub dan diproses sehingga menghasilkan sambal hitam yang sedap ni.
Kalau makan sambal ikan talang masin tu, korang akan rasa kepingan ikan yang dipotong kiub yang masak sebati dengan belimbing hitam tu. Dan ikan talang masin tu langsung takda tulang. Memang sepanjang makan tak tergigit tulang dan tak jumpa tulang. Ikan talang tu diproses sampai bersih dan memudahkan untuk dimasak dan dimakan. Ni memang produk paling laku keras untuk Min'z Sambal Hitam. Kalau takde sebotol kat rumah rasa rugi sangat. Ni pun macam nak kemurungan dah sebab dah nak habis. hehe..
Sekurang-kurangnya satu rumah kena ada sebotol sambal hitam ni. Dapat bulan puasa nanti lagilah takde selera nak sahur kan.. So ni dah ada penyelamat. Sedap dimakan dengan apa sahaja. Hari tu Lynda makan ngan megi ayam.. Pun boleh..haha. Ni baru lepas makan nasi satu pot seorang dengan sambal bilis basah dan telur dadar. Lepas tu baru sedar diri dah makan seperiuk nasi..haha..
Kalau orang nak order, nak rasa sendiri betul ke tak sedap macam yang Lynda cakap ni. Korang boleh tengok FB dan IG Min'z Sambal Hitam Pahang atau WhatsApp je Kak Min. Insha Allah akan dilayan baik dan korang pun pasti akan repeat order. Tengah cuba kawal diri supaya tak cepatlah habis 2 botol sambal tu sebab stok laku keras. Kena tunggu turn baru dapat..Putus bekalan nanti..hahaha.. xoxo

WhatsApp : 019 2542534 / 017 2757517

Lynda Che Lah





5 comments:

  1. Sedap sambal hitam ni kalau digandingkan dengan bihun sup tak pun laksa ..

    ReplyDelete
  2. Memang menyelerakan sambal hitam pahang ni. Sekali rasa pasti nak lagi

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~