Home Ads

Musim Tengkujuh 2017

Assalamualaikum..
Minggu lepas dan sepanjang minggu ni dikejutkan dengan banjir yang melanda Pulau Pinang. Sehingga hari ini masih ada mangsa banjir di Pulau Pinang yang terkandas dalam proses pemindahan. Semoga warga Pulau Pinang terus dalam keadaan selamat dan dipermudahkan.

Malam semalam lebih kurang jam 3 pagi, hujan lebat disertai angin kuat di tempat Lynda, Klang. Syok la tidur tapi tidur-tidur ayam juga sebab bangun tengok luar. Semacam lebat ni. Jadi bangun malam tadi agak kerap juga. Sebab tingkap depan rumah Lynda ni kalau hujan lebat biasanya tempias. Bangun tutup plug dan Wifi. Lepas tu tidur balik.

Pukul 4.00 pagi, Qhalif bangun minta susu. So bangun lagi. Lepas tu tertidur dengan Qhalif. Masa ni hujan masih lebat. Tapi tak tengok luar pun. Nanti pagi berhenti lah hujan kan. Dalam pukul 5.20 pagi dengar orang ketuk pintu kuat. Selak langsir nampak ayah bersingsing kain pelikat. Kat depan dah banjir! Buka pintu sebab ayah minta kunci kereta nak alih kereta.
Terus buka tingkap dapur tengok air dah penuh kat kebun dan dalam longkang. Terlelap kan sebab penat bangun banyak kali risaukan hujan. Sekali dah banjir pagi ni. Terus WhatsApp Encik Hubby just inform kawasan rumah banjir. Encik Hubby outstation. So dia macam risau. Terus tak tidur balik sebab risau air masuk rumah.

Dalam pukul 6.50pagi kejutkan Qoid nak hantar ke sekolah. Tunggu adik yang nak tolong jaga Qhalif tak sampai-sampai. Mama tak sihat. So kami gilir-gilir cuti jaga anak-anak. Call adik dia beritahu sangkut dalam banjir kat Padang Jawa. Bergerak perlahan. Seluruh Klang, Padang Jawa dan Shah Alam lumpuh hari ni kerana banjir.

Tak jadi hantar Qoid ke sekolah. Lyndapun lambat ke pejabat hari ni sebab tunggu air surut. Kesian ke nenek dan atuk yang air dah masuk rumah. Dalam hati banyak kali berdoa, semoga berhenti lah hujan ni. Kadang kita seronok tengah malam hujan lebat sebab sedap tidurkan. Tapi ada hati yang gundah takutkan harta benda rosak dan rumah dimasuki air.


Duduk di kawasan kampung ni kalau banjir risaukan benda lain juga. Antaranya ular dan lipan. Haiwan berbisa ni kita takut lah kan merayap masuk rumah sekali lalu dengan air banjir tu. Dan harapkan bantuan kucing lah untuk jagakan rumah. Sebab kucing nampak benda merayap ni dia tangkap kan. Jadi, Puteh pun pandailah menjalankan tugas dia. Terima kasih Puteh. Alhamdulillah takde apa sepanjang banjir pagi tadi.

Alhamdulillah, dalam pukul 9 pagi macam tu baru hujan berhenti. Dan syukur tak masuk rumah. Kalau yang baca kisah rumah ni dulu mesti pernah tahu kan kenapalah kami risau sangat kalau hujan lebat dan banjir. Pada yang tak tahu boleh baca kat <SINI>. Lynda pergi kerja juga sebab Isnin dah amik EL. Nenek dan Atuk dibantu oleh Paksu, Azwan dan Alif. Nasib baik tak teruk. Tapi letih juga lah basuh rumah.

Plan lain lepas ni nak tambah longkang kat belakang rumah atuk. Nak dalamkan lagi longkang besar. Kena kemaskan lalang dan sampah sarap yang berkumpul kalau hujan. Sebab belakang rumah ni ada sungai. Dan rakyat Malaysia suka buang sampah dalam sungai. Kami kalau bersihkan parit besar ni memang boleh dapat banyaklah jual botol kosong. 

Jangan buang sampah merata. Tolong Reuse and Recycle. Kesian bumi kita. Monsoon memang tak boleh halang. Hujan nak turun tak boleh juga dihalang. At least kalau bersih, takdelah tersumbat sana sini kan. Itu yang banjir tenggelam semua. Jadi rakyat yang bersih ok. Jangan minta PBT je tolong buat kerja tapi korang sesuka buat sepah dan buang sampah suka hati. Sekian..bebel dan khidmat masyarakat...

Kalau banjir dan hujan tak berhenti, boleh amal ayat di bawah. Insha Allah segalanya berbalik kepada bantuan dariNya juga. Stay safe semua..xoxo

2 comments:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~