Home Ads

Qoid Rafif ~ Grading Pertama (Tali Pinggang Kuning)

Assalamualaikum..

Qoid masuk Taekwondo hujung Ogos 2017. Dia bersemangat dan seronok nak join Taekwondo. Masa tubuh masih boleh fleksibel ni, kami nak dia join aktiviti dan berdisiplin. Yuran dalam RM40.00 dengan kelas setiap Sabtu. Jadi aktiviti Sabtu memang kena freeze untuk Qoid jalani latihan. Nak hantar Qhalif muda sangat lagi. So dia tak boleh terima arahan kan..
Ni masa hari pertama join latihan. Bagi juga Qhalif join. tapi lepas tu dia buat larian satu dewan. Suka hati dia je. Antara tujuan join Tekwondo adalah untuk membina keyakinan diri Qoid, menjadikan dia pendengar arahan yang baik, pertahanan yang baik dan mampu mengatasi pembuli. Ya, pembuli. Darjah 1 pun dah pandai buli orang. Dan yang penting jadikan dia berdisiplin dengan mengikuti arahan, menepati masa latihan dan menghormati jurulatih dan orang lain. Ni nilai hidup ni.

Lepas latihan selama hampir 3 bulan, Qoid boleh grading untuk bertukar kepada tali pinggang kuning. Naik pangkat lah..Dan dia as always bersemangat. Anak ni kita kena bagi dia buat benda yang dia suka. Kita perhati je dari jauh dan sokong. Insha Allah, dia akan buat sepenuh hati.

Grading tali pinggang kuning ni hari Jumaat malam, 3 November 2017. Encik Hubby tangguh outstation untuk bagi sokongan moral untuk Qoid. Dan kami gembira tengok dia gembira dan bersemangat. Boleh tengok video Lynda share ye. Sebab grading ni ambil masa singkat je. Kalau untuk tali pinggang lain dan event lebih besar mungkin mengambil masa yang lama. Keputusan kita akan tahu Sabtu ni. Tengok macam mana.

Lynda Che Lah

No comments:

Post a Comment

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~