Home Ads

Review Syampu Himalaya ~ Solusi Terbaik Untuk Rambut Bermasalah

Assalamualaikum...

Masalah rambut gugur dan wanita memang tak boleh dipisahkan ke? Alasan lazim adalah kerana perubahan hormon sebab hamil dan melahirkan anak. Tapi ni Qhalif Umar dah nak masuk 4 tahun dah tapi rambut masih berkelemumur dan gugur. Takkan nak salahkan hormon lagi ke? Sekali sikat bergumpal-gumpal rambut kat sikat. Atas lantai tak payah cakaplah kan. Dalam bilik air pun sama. Stress tengok. Lama-lama boleh botak ni..hehe..

Masa berpeluang ke Himalaya Wellness Centre hari tu, Lynda sempat tanya jururunding produk Himalaya tentang rangkaian produk syampu yang ada di butik tu. Ada pelbagai set daripada untuk kawalan kelemumur, anti fall hair control dan Protein Shampoo.. 

KENALPASTI KULIT KEPALA
Menurut jururunding, kita kena kenal dulu kulit kepala kita jenis apa. Berminyak ke, kering ke atau normal.
  • Berminyak - Rambut berminyak kebiasaannya kelihatan melekat pada kepala dan apabila dipegang rambut seakan berminyak dan basah. Rambut berminyak boleh menyebabkan masalah kelemumur dan menghalang pertumbuhan rambut baru.
  • Normal - Jenis kulit kepala normal tidak berminyak dan bersisik, kelihatan segar dan kulit kepala berwarna cerah.
  • Kering - Rambut kelihatan mengerbang dan kulit kepala kering. Kulit kepala terasa bersisik, gatal dan rambut menjadi kusam. Kulit kepala yang kering menyebabkan ianya mengelupas dan mengeluarkan serpihan-serpihan kecil kelemumur.
KEKERAPAN MEMBASUH KEPALA
Kekerapan kita mencuci rambut pun penting. Sebab kepala dan rambut kita terdedah kepada suhu dan lembapan yang tersendiri. Macam Lynda, boleh dikatakan hampir 8-9 jam sehari bertudung kan. Jadi rambut kadang-kadang tak sempat kering pun dah bertudung. Jadi saranan jururunding, Lynda kena cuci rambut 2 hari sekali. Jadi lebih kurang seminggu tu 3 kali cuci. Lepas tu pastikan dilap kering sebelum pakai tudung.

HIMALAYA HERBALS PROTEIN SHAMPOO
Sebagai permulaan, Lynda pakai dulu Protein Shampoo daripada Himalaya. Protein Shampoo ni mengandungi Beansprout yang kaya protein, Sunflower, Lotus & Yarrow sebagai pelembap dan Amla sebagai tonik rambut. 


Disamping itu, pentingnya menggunakan conditioner selepas mencuci rambut untuk membantu pertumbuhan akar rambut, membaiki kulit kepala serta menutup liang-liang kulit kepala yang terbuka sewaktu cucian tadi. Kesemua produk Himalaya berasaskan herba. Conditioner Himalaya ini diperkaya dengan China Rose & Lotus sebagai perapi bagi rambut yang sihat dan bebas kelemumur serta Chickpea  & Oat sebagai sumber protein kepada rambut dan kulit kepala.

REVIEW HIMALAYA PROTEIN SHAMPOO
Selepas ada ilmu sikit pasal penjagaan kulit kepala dan rambut ni, Lynda amalkan seperti yang dianjurkan oleh jururunding. Dan hasilnya, memang menakjubkan berbanding sebelum ini menggunakan pelbagai jenis syampu. Macam-macam dilakukan dan Lynda gembira dengan hasil daripada penggunaan produk berasaskan herba ni. Tiada lagi rambut gugur sewaktu dibasuh. Kalau ada pun jumlahnya amat sedikit dibandingkan sebelum ni. Sikat pun dah tak penuh rambut lagi. Dan Encik Hubby pun tegur, kurang sikit nak vacumm rambut di lantai. 

Rasanya ramai juga dah tahu kebaikan syampu Himalaya ni kan. Dan harga yang ditawarkan amatlah berpatutan. Selalu kita takut dengar kalau produk berasaskan herba ni kan. Takut mahal. Tapi produk Himalaya memang berbaloi dengan hasil. Keluarga kami kebanyakan dah pakai produk Himalaya. 

Selain di butik Himalaya, produk Himalaya boleh dibeli di Lazada,Shopee, Watson dan lain-lain ejen online terpilih. Maklumat lanjut boleh ke :


Lynda Che Lah

4 comments:

  1. samalah, tapi IQ memang kurang basuh rambut, kena penggunaan yang konsisten baru dapat hasil yang memuaskan hati

    ReplyDelete
  2. yup..memang terbaik..my sister pon guna shampoo ni..

    ReplyDelete
  3. belum cuba lagi produk himalya ni..nanati nak carila

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~