Home Ads

Sambut Birthday Hisham di Grella's Cabin, Subang 2

Assalamualaikum..

Tradisi family kalau ada birthday, pergi makan ramai-ramai. Kongsi duit dan yang penting adalah berkumpul. Kali ni kami sambut birthday Hisham di Grella's Cabin, Subang 2. Konsep dia kedai makan yang simple dan menghidangkan pelbagai makanan yang digril dan western.

GRELLA'S CABIN SUBANG 2

Grella's Cabin ni terletak di berhampiran KFC Subang 2. Konsep santai. Restoran ini boleh memuatkan 50 pelanggan pada satu masa. So, kalau korang nak gathering ke atau sambut birthday kena call dan booking tempat dulu ye. Kalau nak sambut birthday, dorang akan bagi tempat best area sofa siap dengan papan hitam dan dideco untuk birthday boy/girl.


MAKANAN DAN MINUMAN DI GRELLA'S CABIN
Makanan yang disediakan ada yang ok dan ada yang berskala biasa je. Best seller mestilah Lamb Grill. Tak sama macam makan lamb grill di kedai lain. Yang ini walaupun isi tebal tapi digril sehingga masak, tidak liat dan tiada bau hanyir. Rasa dah tentu sedap. Order dessert tu Orange Cheesecake pun sedap. Tak manis sgt dan rasa oren tu buat tak muak dengan cheese.

 
Makanan semua ok. Tapi spageti set tu biasa je. Tapi overall puas hati dengan layanan. Dan yang penting satu keluarga dapat berkumpul wlupun nak sampai Subang 2 dari Klang pada Jumaat malam adalah azab.. Tambah dengan hujan. But we made it family! Bila lagi kan nak berkumpul. Bila ada celebration macam ni lah baru semua free dan ada.
Yang nak cuba boleh ke Grella's Cabin, Subang 2
(Belakang KFC Subang 2)
Follow IG : Grella's Cabin
Waktu Operasi ~ 5.00 petang -12 tgh malam (tutup Selasa)

Lynda Che Lah

1 comment:

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~