Home Ads

Starbucks Malaysia ~ Raikan Percutian dengan `Give Good' Starbucks..

Assalamualaikum..
Menjelang musim perayaan Krismas ni, Starbucks Malaysia sekali lagi menawarkan rekaan Holiday Cup menarik bagi pecinta koleksi mug Starbucks. Selain itu, minuman Holiday Blend rekaan istimewa juga kembali dengan rasa dan dekorasi menarik, serta pilihan makanan baharu dan barangan eksklusif.

Starbucks Malaysia melancarkan kempen `Give Good' dengan memberi peluang kepada pelanggan mereka untuk memiliki Mug yang dilukis tangan sesuai dengan tema percutian. Di samping itu, pelanggan boleh menambah warna dan lukisan demi merealisasikan konsep percutian pelanggan sendiri pada mug pilihan mereka.

Tujuan utama Starbucks Malaysia adalah untuk membuatkan pelanggan berkumpul, menikmati kopi bersama dan berkongsi kreativiti masing-masing dalam suasana tenang di setiap cafe mereka.
DUA MINUMAN BAHARU STARBUCKS
Musim perayaan ini Starbucks Malaysia memperkenalkan 2 minuman baharu di samping kembalinya minuman kegemaran semua. Minuman baharu yang diadun khas adalah Starbucks® Peppermint Dark Mocha dan Starbucks® Teavana™ Apple Black Tea manakala minuman yang kembali di Starbuck adalah  Starbucks® Toffee Nut Crunch Latte.

  Starbucks® Toffee Nut Crunch Latte: Minuman kegemaran dengan sirap kacang toffee kurang manis diadun dengan stim susu dan espresso serta ditambah dengan krim putar dan serbuk biji toffee yang rangup di atasnya. Adunan sempurna kemanisan karamel dan kekacang ini – menjadikannya salah satu minuman Starbucks yang diminati sepanjang masa!

   Starbucks® Peppermint Dark Mocha: Serikan semangat percutian anda dengan minuman yang direka menyerupai pokok Krismas. Dark Mocha dengan hias atas pudina bersama krim putar teh hijau dan dilengkapi butiran berkilau gula-gula berwarna hijau dan merah.

   Starbucks® Teavana™ Apple Black Tea: Nikmati pengalaman percutian mewah dengan teh hitam pekat direka khas digabungkan dengan jus epal dan dihiasi dengan buih serbuk kayu manis (cinnamon).

PLANNER 2018 STARBUCKS MALAYSIA
Bagi sesiapa yang belum ada planner untuk tahun 2018, boleh ke Starbucks untuk dapatkan planner keluaran Starbucks dalam warna Hot Red dan Navy Blue. Untuk makluman, Hot Red adalah Edisi Percutian Istimewa dan stok adalah terhad.

KEMBALINYA BIJI KOPI PANGGANG PALING DIGEMARI
Starbucks juga mengalu-alukan kembalinya biji kopi panggang yang paling disukai ramai, Starbucks® Holiday Blend, bersama dengan Starbucks® Holiday Blend Espresso Roast dan Starbucks® Holiday Blend Blonde Roast.  Sesiapa yang inginkan minuman segera boleh mencuba Starbucks® VIA Holiday Blend adunan segera musim percutian klasik yang diperbuat daripada adunan sama dengan kopi Sumatran dan biji-biji kopi lain Asia/Pasifik dan Amerika Latin. 

PILIHAN MAKANAN BAHARU BAGI TEMPOH TERHAD
Untuk tempoh terhad, Starbucks Malaysia menawarkan pilihan makanan baharu seperti Cinnamon Pumpkin Roll dan Cranberry Chia Seed Focaccia Twist. Hidangan ini sesuai digandingkan dengan minuman pilihan yang turut ditawarkan dalam musim perayaan ini.

Semua produk ini boleh didapati di semua cafe bermula 7 November 2017 dijual pada harga:
  • Starbucks® Toffee Nut Crunch Latte dan Starbucks® Peppermint Dark Mocha dijual pada harga RM17.50 ke atas, Starbucks® Teavana™ Apple Black Tea pula RM16.00 ke atas. 
  • Minuman Starbucks® Holiday Blend, Starbucks® Holiday Blend Espresso Roast dan Starbucks® Holiday Blonde Roast berharga RM40.00 ke atas.

Untuk maklumat lanjut:
Web Starbucks Malaysia di www.starbucks.com.my

 Lynda Che Lah



10 comments:

  1. Wahh lama tk mnum, petang nanti nk try la beli ��

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Kak Azni peminat starbucks kan..hehe.. Lynda nak try Toffee tu juga

      Delete
  3. suka minum caramel machiato dekat starbucks, mengancam!

    ReplyDelete
  4. tak pernah masuk starbucks pun walau sekali, hehe..

    ReplyDelete
  5. Seingat saya, pernah masuk minum kat starbucks sekali seumur hidup je...hehe

    ReplyDelete
  6. jarang minum starbucks..cawan dia cantik betul

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~