Penyanyi Kpop Bunuh Diri ~ Haram Berkabung

December 23, 2017

Assalamualaikum..
Buka FB ada ternampak gambar ni. Macam? Tak faham langsung. Dah kenapa korang pun adik-adik. Akak tengok juga Korean Drama, tengok juga RunningMan, kagum juga dengan kareografer yang dorang bawa masa menari. Tapi takde lah sampai macam ni. Sedih kot tengok.

Dia bunuh diri kot. Ye dia depression. Dan itu 1 benda penting yang kita dapat dari dia. Tapi still janganlah sampai macam ni. Akak tengok juga video penghormatan terakhir kaum keluarga dan sahabat handai di Korea. Tapi bila yang Islam sibuk juga bagi penghormatan terakhir macam tak boleh hadam pula. Hukumnya ni haram ye.

Menghadiri acara penghormatan terakhir kepada artis atau selebriti dengan aktiviti membawa belon dan lilin jelas merupakan perbuatan haram kepada orang Islam.
Ia juga budaya kafir dan tidak harus menjadi ikutan terutama kepada golongan muda beragama Islam.

"Tidak boleh. Haram kalau buat kerja macam itu. Kalau artis atau individu itu orang Islam, kita hadiahkan al-Fatihah. Kalau bukan Islam, takkan hendak doakan syurga pula?

"Sudahlah dia bunuh diri, kenapa hendak ikut budaya kafir? Buat apa?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Harussani mengulas perhimpunan kira-kira 100 peminat ahli kumpulan SHINee, Jong-hyun yang berkumpul di tepi Sungai Klang dekat Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada Jumaat untuk memperingati pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria

Sedangkan dalam Islam pun istilah berkabung hanya untuk isteri kematian suami sahaja. Itu pun tidak boleh berlebih-lebihan seperti meratap dan disunatkan 3 hari sahaja untuk menunjukkan kesedihan dan kesetiaan terhadap suami. Ini kan pula untuk seorang yang bunuh diri dan bukan Islam.

Tulis pun dah jadi akak ni bukan Lynda dah. Sebab semua orang simpati. Dan antara pengajaran yang dapat adalah kita kena ambil peduli kalau kawan atau adik beradik kita menghadapi kemurungan. Kena ambil kisah dan ambil tahu. Kes Jong-hyun ni antara sebab kemurungan melampau yang pengakhirannya adalah mengambil nyawa sendiri. 





Macam bila borak dengan Encik Hubby, dia kata memang kagum dengan bangsa Korea ni yang kerja kuat. Bila menari atau menyanyi walau tak sedap mana tu nampak cantik dan seragam je. Tengok RunningMan tu pun nampak dorang ada semangat setiakawan dan disiplin tinggi. Lynda pun tengok juga backtoback movies atau series Korea. So, apa salahnya tengok je kan. Tak payah lah nak berkabung memperingati bagai ni.

Pada Lynda, banyak lagi benda lain nak difikirkan. Lynda pernah je kena kecam dulu bilamana share pasal anak melayu beragama Islam bertudung happy gila dapat peluk penyanyi Korea. Tapi tolonglah jangan taksub sangat. Jaga adab gadis Melayu dan Islam tu sendiri. Islam kan mudah. Janganlah peningkan kepala dengan benda yang tak sepatutnya ok..xoxo

Lynda Che Lah

You Might Also Like

4 Komen

  1. Tertengok jugak benda ni semalam dekat fb, pelik pelik laa budak sekarang. Taksub sampai macam tu yea.

    ReplyDelete
  2. Ni kpopers fanatic. Syok gak tengok korea menari ni tp kalau sampai macam ni,scary...

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram Lynda Che Lah

KBBA 9

Followers

Google+ Followers

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pandangan dan pendapat adalah pandangan peribadi penulis. Sebarang maklumat yang dikongsikan hanya bertujuan untuk perkongsian.

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap kesilapan atau ketinggalan maklumat di dalam blog ini. Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kemalangan atau kerosakan kerana maklumat yang disediakan.

Sebarang perkongsian gambar atau artikel perlu mendapat kebenaran penulis secara bertulis. Komen yang dipaparkan adalah atas persetujuan penulis. Penulis berhak memadam atau mengedit sebarang komen tanpa sebarang notis.

Terima kasih untuk sokongan anda.