Home Ads

Planner 2018 Malaysia ~ Islamik, Teratur dan Menawan Hati

Assalamualaikum..

2018 tinggal lagi beberapa minggu je kan. Sekejap je rasa. Pejam celik dah habis setahun. Dan Lynda memang biasanya, suka sangat cari table calendar yang kotak besar tu nak letak atas meja ofis. Senang nak tanda cuti, tengok tarikh penting. Sebenarnya, sejak tahun 2015 dah terjebak beli planner yang cantik-cantik sebab suka menulis. Dan tahun ini pun istimewa sebab beli online je.

Kali ni beli online je di IG staymodesty. Sebenarnya banyak je online shop dan FB Pages yang jual Planner 2018. Tapi bila tanya semua kena tunggu stok. Sebab laku keras tau. Sekali masa scroll IG nampak IG stories staymodesty. Ada ready stock so terus grab. Dalam 3 hari tunggu sebab masa tu order hari Sabtu kan. Harga RM23 siap postage. Dan jatuh cinta lagi. Ni planner lama. Masih simpan sebab sayang..hehe

PLANNER 2018 DAN KEISTIMEWAANNYA
Apa yang istimewa sangat dan kenapa perlu ada planner? Lynda jenis yang suka menulis. Walaupun ada gajet bagai, ada diari dalam phone, still nak menulis. Ada kan orang macam ni? Suka catit peristiwa penting. Yang jadi tanpa plan. Tapi kalau jadi dengan plan mesti lagi best. Kira capai matlamat. Salah satu cara untuk motivate diri juga.

Lynda gunakan planner untuk catit tarikh penting macam tarikh hari lahir semua ahli keluarga, tarikh anniversari, tarikh penting untuk ofis tarikh peperiksaan anak-anak. Tarikh nak pergi bercuti ke. Macam-macam. Kadang kalau rasa nak mengadu taktau kat siapa, tulis dalam diari. Dalam planner juga ada tercatat perbelanjaan dan masa aktif jual lasagna dulu, catit semua perbelanjaan dan pulangan dalam planner. Cukup tahun tengok pencapaian. Dan puas sebab setahun dipenuhi macam-macam perkara yang tak jangka dan dijangka.

Planner 2018 ini istimewa sebab bersifat Islamik dan mesra. Tahu je kita nak plan apa. Setiap tahun azam nak jadi lebih baik dari tahun sebelumnya kan. So planner ni boleh jadi penanda aras juga.

52 Week Saving Challenge
Ni ada dalam planner ni. Belum berjaya istiqomah. Mungkinkah 2018? Mungkin...hehe
Mutabaah Amal.
Ini pun masih tak istiqomah. Tapi Insha Allah. Semakin berusia ni sepatutnya makin mampu lah kan nak amalkan apa yang sepatutnya. Sampai bila nak lalai. Sebaik-baik amal adalah amal mendapat tempat di akhirat kelak (syurga Allah).
Kalendar Hijri
Kadang-kadang kita tak perasan pun kan hari ni berapa haribulan dalam Islam. Kalau ada apps Hijiriah dalam fone baru perasan. Itupun kalau buka apps.hehe..
Financial Tracker
Penting juga ni supaya tahulah kemana pergi duit kita. Ke mana dibelanjakan. Kadang-kadang terfikir-fikir mana dah belanja sebab kira-kira still tak cukup kan. So mana tau ni boleh track. 
Kata-kata semangat dan Hadis
Setiap bulan akan ada hadis dan kata motivasi. At least lah kan, kalau down, adalah planner ni nak ceriakan kita balik. Motivate kita balik tanpa sedar. Dan dilakukan oleh diri sendiri. Kekuatan dalaman pun boleh kita kawal sendiri. Percaya pada diri. Kotak-kotak besar tu dapatlah nak tulis apa yang suka. Nanti hujung tahun nilai diri sendiri..
Setakat ni belum tulis apa-apa pada planner ni. Insha Allah tunggu hujung Disember ni sebab nampaknya 2018 dah ada plan. Senang terus tulis supaya nanti takdelah bertindih ke kan dengan program lain. Tahun 2018 semoga lebih baik dari tahun ni. Tapi tahun 2017 ini pun semua indah-indah. Banyak pencapaian tak dijangka. xoxo

Lynda Che Lah

5 comments:

  1. nice la. nak jugak planner cmni

    jmput join n meriahkan segmen GA kt sni

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  2. cantik planner ni, teringin nak ada planner jugak, biarpn krje seorang planner..haha

    ReplyDelete
  3. cantiklah planner tu... nak cari jugaklah..

    ReplyDelete
  4. nad takut terbeli planner tak tulis ape2..hehee..

    ReplyDelete
  5. Planner ni mmemang lawa dan menarik.. teringin nak beli tapi banyak sangat dah buku nota kat rumah..

    >.<

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~