Tips Shopping di Ikea

December 13, 2017

Assalamualaikum...

Amboi...pergi Ikea pun ntah setahun tak sekali siap bertips bagai. Tapi memang tips ni berguna untuk Lynda, mak anak 2 yang lasak ya amat. Tapi nasib baik anak-anak Lynda jenis behave tak selerakkan katil pameran ke.. setakat baring-baring adalah. Tapi lepas tu suruh kemas balik. Ok..sori lari tajuk..

Lynda suka pergi Ikea. Walaupun bukan selalu sebab Ikea ni berhantu. Ye berhantu! Korang dah set dalam mind dan bajet nak beli apa kan. Tapi sampai Ikea, say bye-bye to budget! Haha.. Memang akan lari bajet sebab mata korang terpukau dengan segala deko menarik dalam Ikea. Bukan Lynda je kena. Encik Hubby pun confirm kena. Jadi memang penting tetapkan niat dan kalau tersasar pun tak jauh mana.hehe.

TIPS 1
Pilih apa korang nak melalui Website Ikea. Ambil masa at least 2 3 hari sebelum kunjungan ke Ikea. At least boleh dapat update samada barang yang kita nak tu masih ada stok atau tidak. Dan boleh bayangkan, cantik ke tak rak TV tu kalau nak dibeli. Macam Lynda, mesti survey dulu kat Website Ikea.

TIPS 2
Sampai Ikea, sila cekalkan hati dengan hanya lalu saja di ruang pameran.. Haha.. Ini tak pasti semua orang boleh ke tak. Lynda pernah pergi sorang. Dah siap bawa list. Hanya lalu je ruang pameran tu tanpa berhenti di mana-mana ruang pun. Sebab dalam list dah siap ada rak dan section no. Sangat cepat dan pantas. Tapi baru ni pergi ngan Encik Hubby, lama juga round walaupun dah janji sesama sendiri. Sila jangan lari dari tujuan. Tapi berdua memang akan tewas. Tambah pula bawa 2 hero kan. Takpe, sambil menyelam minum air. So, good luck korang dengan tips ni..

TIPS 3
Bila korang tak berjaya elakkan diri daripada ruang pameran, maka marilah cuci mata. Tengok apa yang berkenaan dan fikirkan samada perlu ke tidak. Tapi masa ni, akan muncul dalam diri bahawa, pelapik periuk tu adalah perlu..So, ambil lah kalau harga masih dalam bajet..Haha.. Tak semua orang kuat dan berjaya..hehehe..

Dalam masa yang sama, kalau korang tak buat list tapi dah plan nak beli apa, terus ke ambil gambar label barang yang korang berminat tu. Sebab di ruang pameran, barang dah siap pasangkan. Tapi konsep Ikea adalah DIY. So, dengan label ni, mudah korang nak cari barang korang di tapak barangan nanti.




TIPS 4
Bila bawa anak-anak kecil memang akan ambil masa sikit. So, bagi dorang peluang tengok harga dan perhatikan jenis barangan. Salah satu cara belajar. Kalau nak cuba baring atas katil ke tilam ke pastikan tidak dipijak dengan kasut dan kemaskan balik seboleh mungkin. Kan nampak kemas kan. Biasalah. Budak-budak..


TIPS 5
Terus ke tapak barangan dan gunakan gambar yang diambil tadi untuk ambil barangan korang. Mudah sebab di label dah letak rak ke berapa dan section berapa. Mudah je cari barang. Kalau takde stok pun boleh nampak di sini. So penting untuk korang decide awal di ruang pameran. Lynda dan Encik Hubby mudah ambil barang dengan cara ini. So, jimat masa dan tenaga juga sebab shopping dengan anak-anak ini perlukan kesabaran tinggi. Dan dorang pun boleh tahan sabar dengan kita kan. So lepas shopping boleh bawa anak-anak makan-makan dan pergi indoor playground.

Hasil tangkapan hari tu, yang lari bajet tipis adalah rak TV baru, rak pinggan baru, almari baju anak-anak, tempat plastik etc. Nampak tak semua benda tu ada je kat rumah ni tapi macam almari anak-anak memang kena beli sebab dah pecah-pecah. 


Macam ada nak pergi lagi. Mood deko dah ada ni. Tapi takdelah kreatif sangat kami suami isteri. Janji nak nampak ruang selesa dan moden. Barang Ikea takde lah mahal mana. Kena pandai buat pilihan dan korang masih boleh berbelanja dengan bajet sendiri. Happy Shopping! xoxo

Lynda Che Lah

You Might Also Like

13 Komen

  1. Macam2 tip shopping da Baca tapi selalu gak terbeli yg tak perlu heeehe

    ReplyDelete
  2. hehe, biasa la tu lynda, kalau ke ikea, tak ada istilah tangan kosong, beli cawan plastik warna warni pun jadilah, kalau IQ, IQ beli bateri ikea jadi laa..haha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bajet tipis, memang takde plan ke Ikea IQ..haha

      Delete
  3. Hahaha..rak pinggan tu ade beli..tapi belm gantung..sebelum nipun main, terjah jej, memg lain nk dibeki ,tapi tambh lagi brg..hehehe..sekrg mmg tgk website nk tau harga..nak budget

    ReplyDelete
    Replies
    1. rak pinggan tu pun taktaulah bila nak gantungnya Nad..hehe

      Delete
  4. Memang kena survey dulu kalau nak membeli, bolej bajet sesiap. Tapi kadang ada juga terbeli benda yang tak ada dalam list. hehe

    ReplyDelete
  5. Tengah tggu open dekat penang je ni. Maybe tahun depan. Dulu pergi dkat sana mampu serbu makanan jeaa

    ReplyDelete
  6. salam ziarah & follow blog sis...

    tq utk tips tu..tp siyess ckp kalau g ikea mmg duit x blh bawak cukup2..mmg kene bawak lebih..adeeeeeeeee jer yg kene bawak balik..hahahha...

    hikeaaa tu mmg berhantuuu sangattt :p


    btw, jemput singgah blog kite yer sis..

    julsjulie80.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. btw, rak tv kite sama tp rona puteh,,,...tp dah bubuh akuarium dah..hehehe

    ReplyDelete
  8. ada plan juga nak beli kabinet dapur , and barangan rumah dr ikea nti

    ReplyDelete
  9. nak mudah pakai app ikea senang dah cepat

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram Lynda Che Lah

KBBA 9

Followers

Google+ Followers

Penafian

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pandangan dan pendapat adalah pandangan peribadi penulis. Sebarang maklumat yang dikongsikan hanya bertujuan untuk perkongsian.

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap kesilapan atau ketinggalan maklumat di dalam blog ini. Penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kemalangan atau kerosakan kerana maklumat yang disediakan.

Sebarang perkongsian gambar atau artikel perlu mendapat kebenaran penulis secara bertulis. Komen yang dipaparkan adalah atas persetujuan penulis. Penulis berhak memadam atau mengedit sebarang komen tanpa sebarang notis.

Terima kasih untuk sokongan anda.