Review ~ Bercuti di Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey

Assalamualaikum..
Pernah dengar Pulau Carey? Apa yang pertama korang bayangkan? Jauh? Takda apa.. Perkampungan orang asli. Namapun dah unik kan? Yang Lynda tahu, Pulau Carey ni terletak berhampiran Pulau Indah dan Pelabuhan Klang. Malah ada yang berpendapat, nak ke Pulau Carey macam nak ke Pulau Ketam kena naik bot tapi sebenarnya tak payah. Ke Pulau Carey ni jalan besar dan ada jambatan merentasi sungai.

Minggu lalu, Lynda diberi peluang menjejaki salah satu tempat percutian yang aman damai dan jauh dari hiruk pikuk bandar. Tak payah pergi jauh. Dekat je dengan Klang. Atau pun cuma 15 minit dari Telok Panglima Garang atau Jenjarom. Dan anak-anak excited. 
Perjalanan ke Amverton Cove Golf and Resort, Pulau Carey lancar ikut Waze. Kalau korang dari luar Klang, boleh gunakan lebuhraya SKVE keluar di Telok Panglima Garang. Memang dah dekat. Kiri kanan jalan dihidangkan dengan pemandangan kelapa sawit yang terancang. Jalan besar dan cantik. Dan bila dah sampai tu, kena berhenti untuk pemeriksaan polis. Takde apa pun, sebab kita nak masuk `private property' so lapor di pondok polis dan akan diberi pas masuk. 
Amverton Cove dalam peringkat permulaan untuk pembangunan. Luas sangat kawasan ni macam satu bandaraya asing. Ada kawasan private yang didirikan banglo-banglo besar. Dan kami tiba di resort dihidangkan dengan suasana padang golf saujana mata memandang. Dan ramai orang. Ni terkejut..hehe. Sebab sunyi macam takde orang. Tapi resort ni popular di kalangan pemain golf.
Untuk post pertama ni, Lynda akan tunjuk sekeliling resort dulu. Baru nanti kita cerita tentang pakej atau aktiviti lain ok. Sebab banyak nak kongsi walaupun cuma percutian 2 hari 1 malam. Macam tak cukup masa tapi puas sebab resort ni best dan tenang.

DELUXE FAMILY ROOM
Kami dapat bilik Deluxe Family dengan pemandangan kolam. Mau tak dok diam budak-budak. Buka je langsir nampak kolam renang. Memang berzikirlah. Bilik Deluxe Family ni ada 1 katil Queen dan 2 katil single di mana sesuai untuk 2 dewasa dan 2 kanak. Tapi jangan risau, korang yang anak ramai atau nak bawa parents ke boleh request extra bed pun sebab bilik luas sangat.
 

Bilik dilengkapi TV LCD dengan 12 pilihan siaran. Tapi tak sempat tengok pun. Tea and coffee making facilities, safe box, Bathrob, Toiletries, Mini Fridge dan tuala untuk 4 orang. Semua cukup dan lengkap.  

Resort ini turut dilengkapi dengan Spa, Gym, Kids Room yang besar, ATV, Animal Land, Paddle Boat atau Kayak, Memanah, Berbasikal, Kolam Renang yang superbest sebab ada 2 gelungsur dan Baldi Air besar. Kiranya, bila duduk sini 2 hari 1 malam memang tak sempat nak habis explore pun.

SOMPOTAN SPA

KIDS FUN ZONE
RABBIT ROOM (Halal Restaurants and Cafe)
VILLA



KOLAM RENANG
Banyak nak share sebenarnya korang. Ni pun dah juling mata pilih gambar. Next post Lynda akan share aktiviti yang Lynda buat kat sini. Dan pakej yang ada kalau korang berminat nak datang. Yang penting memang berbaloi dengan terjun tiruk kat pool berkali-kali.. Haha.. ni kitorang buat 2nd day anak beranak. Memang kat sini tak sempat tengok handfon kecuali ambil gambar. Kira masa yang berkualiti dengan anak-anak di kawasan yang aman dan tenang selain dekat je. Nak tahu lagi boleh ke website Amverton Cove atau FB dorang. Boleh PM juga dorang kat FB tau. Till next post! xoxo

No Telefon : 03- 3123 3888

Lynda Che Lah

10 comments:

  1. wah best yer lynda bercuti kat pulau, hehe.. boleh la masuk dlm list holiday tahun ni, tahun ni huda nak tema holiday pulau2 malaysia. pulau carey pun huda baru tahu ni

    ReplyDelete
  2. nampak macam bukan kat malaysia.. eheheh. Ingatkan kat indonesia tadi.. seronok tu tengok pemandangan kat sini.Tenang jerrr..

    ReplyDelete
  3. Cantik! Best ni kalau pi bawak anak anak ke sana

    ReplyDelete
  4. ada juga plan nk ke sini tp tk pegi2 lg..dlm bilik ada bathtub syok...pool pn ada tmpt main bdk2 tu...cantik view die

    ReplyDelete
  5. menarik jugak.. leh try nanti..

    ReplyDelete
  6. nampak best, sesuai klu nk bersantai

    ReplyDelete
  7. salam..
    lynda,sana kalau orang OKU yang bkerusi roda, sesuai tak dtg?
    tapi sana bilik xde pmandangan pantai kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel ni mesra OKU. Lobi dan lain-lain tempat mesra OKU. Bilik yang ada adalah pemandangan kolam renang dan padang golf. Tiada pantai di sini Yaya

      Delete
  8. first time Fatin dengar Pulau Carey hehee. Cantik dan tenangg je ^^

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Powered by Blogger.