01 July 2018

Selamat Ulangtahun Persahabatan ke16 ~ Nolyn

Assalamualaikum...
Ucapan khas untuk teman paling rapat, paling akrab dan geng membawang abadi. Encik Hubby.. Seriously, Lynda seorang yang sangat sukar ada kawan baik. Pernah ada 2 3 orang tapi kawan datang dan pergi. Yang tetap ada hanyalah keluarga. Tak semua orang faham dan suka kita. Begitu juga sebaliknya kan.

Sejak dari zaman belajar tahun 2002, inilah kawan baik Lynda. Orang kata lelaki dan perempuan tak boleh berkawan baik. Sebab nanti mesti ada perasaan istimewa tu. Tapi kami lain. Atas rasa istimewa tu lah, kami jadi kawan baik. Kami boleh berbual segala jenis isu. Semua. Kadang-kadang orang pelik tengok kitorang bertekak pasal sesuatu isu. Tapi itu cara kami berkomunikasi. Bergaduh baik balik tu biasalah kan. Tapi Alhamdulillah kami selesa sebagai kawan baik. Dan sebagai suami isteri.
Ni gambar tahun 2006. Pensyarah pun tak boleh komen banyak. Just go with the flow. Masa muda macam ni. Manalah ada fikir nak simpan duit di hari tua. Sekali bila dah lama kahwin, baru kita tahu, banyak tanggungjawab sejak dari zaman berkawan ni. Kalau berkawan macam ni, seriouslah ye. Set up 1 target ke arah yang lebih baik, Sebab kalau Allah takdirkan dia jodoh kita, Insha Allah tak kemana walau terpisah lama. Kami terpisah setahun je. Tup jumpa balik dengan secret admirer zaman sekolah ni..Haha..



Kalau ingat balik, banyak kenangan sebenarnya. Tak larat nak abadikan dalam blog pun..Dia sentiasa ada dalam sakit, dalam suka, dalam duka. Orang pertama terpacak masa kena demam denggi dulu. Yang sentiasa ada suruh ambil balik kerja. Yang sentiasa ada bila takda duit masa belajar. Pernah makan kongsi 1 pinggan masa belajar sebab dah pergi enjoy duit MARA..Haha.. Pengalaman banyak ajar kita kan...
From that to this. Hahaha.. And also bless with 2 kids. Semakin matang menuju peningkatan usia. Makan garam sama-sama kot. Hehe.. Jual beli rumah 2 kali sama-sama. Tolong orang sama-sama, kena buli sama-sama. Friendship goal sangat.. Your husband must be your best friend. Takde sorok apa-apa. Semua kongsi. Tak puas hati cakap depan-depan. Hormat menghormati. Itulah kawan yang sebenarnya.

Terima kasih kerana selalu ada. Semoga Allah merahmati persahabatan kita. Tarikh ni kita declare couple kan. Maklum masa zaman muda dulu. Declare couple pun ingat tarikh. Siap pilih tarikh.  Lepas tu sambung nama. Korang pun macam tu kan..Haha...Sekurang-kurangnya sedikit ingatan untuk kenangan di hari tua. Semoga lebih baik, lebih istiqomah dan semoga rancangan kita berjalan lancar. xoxo

Lynda Che Lah

2 comments:

  1. Sama la kita lynda. Best friend ia my husband since study. Tarikh declare couple pun huda ingat cuma tak celebrate dah.

    ReplyDelete
  2. Sweet post. I thought it's all about your best friend based on your tajuk. Rupa-rupanya best friend yang ditakdirkan jadi suami :)

    www.itslynstory.blogspot.com


    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram