21 April 2018

Bawa Anak Naik Komuter

Assalamualaikum.

Anak-anak memang minat sangat dengan keretapi kan? Qoid dan Qhalif suka sangat keretapi. Suka mainan keretapi, suka tengok kartun keretapi. Dan kebanyakan kanak-kanak lain pun suka keretapi. Kalau dulu, nak naik keretapi susah kan sebab keretapi adalah pengangkutan untuk perjalanan jauh tapi sekarang, pergi mana sahaja boleh naik keretapi seperti Komuter, LRT dan MRT.

Sekarang ni kalau nak gembirakan dan luangkan masa dengan anak-anak, bawa naik Komuter atau LRT. Memang suka sangatlah dorang. Kalau kejut bangun pagi tu, sekali dah bangun sebab excited  nak naik keretapi. Macam Lynda, kalau nak bawa naik keretapi ni kami bawa ke Stesen Klang je.
TIKET 
Untuk beli tiket dewasa, boleh terus ke mesin automatik itu. Semua jenis not boleh diterima. Tapi untuk kanak-kanak dan warga emas, kena dapatkan tiket tambah nilai di kaunter. Konsep kad tambah nilai ni macam kad Touch n Go. Jadi bila dah ada kad ni, boleh simpan dan gunakan lain kali untuk kanak-kanak. Ni terpakai untuk kanak-kanak dari umur 4-12 tahun ye. Selain tu, pelajar pun boleh pakai kad ni. 

PERJALANAN SELESA 
Part paling mencabar bawa anak-anak ni adalah masa menunggu. Bila dorang excited  ni memang susahlah nak suruh dorang bersabar dan tunggu. Berulang kali menjenguk dekat landasan kalau-kalau nampak bayang komuter ke LRT ke. Kat sini boleh ajar adab juga. Adab menunggu dan menghormati hak orang lain, adab beratur. Sebab kadang-kadang yang naik kemudahan awam ni pun kurang adab juga. Hehe. Jadi, pupuk dari anak ni kecil kan tentang adab ni.
Dalam Komuter tidak boleh makan atau minum. Kena jaga kebersihan untuk keselesaan semua. Jadi kalau nak makan atau minum tu, pastikan simpan sampah tu. Biasanya, minum air kotak atau air minieral tu ok jelah. Cuma jangan buang merata-rata lah ye. 

Disamping tu didik anak untuk memerhati keperluan mereka yang lebih memerlukan. Contohnya, beri tempat duduk kepada OKU, warga emas, wanita mengandung atau yang mengendong anak kecil. Dan beri juga tempat duduk kepada kanak-kanak kecil yang mana bahaya kalau mereka berdiri. Kalau Komuter atau LRT tak penuh tu bolehlah duduk.
Biasanya, Lynda akan ambil Komuter ke KL Sentral dan tukar ke LRT/MRT untuk jalan-jalan dalam KL. Mudah sebab bawa anak-anak kan. Dorang pun bukan larat jalan sangat. Jadi, bila naik LRT pula dorang lagi gembira sebab dapat tengok macam-macam berbanding dengan Komuter yang lalu kawasan perumahan atau pendalaman. 
Yang penting anak-anak selesa dan seronok. Kalau habis 1 hari macam ni pun dah ok. Sebab dapat luang masa sama-sama, tak payah hadap jammed dan tak perlu tumpu perhatian untuk driving. Sambil tu boleh ajar dorang adab kesopanan dan menjaga kemudahan awam lain. Ni pun dah berzikir ajak naik Komuter lagi.xoxo

Lynda Che Lah

5 comments:

  1. Seronoknya anak-anak naik keretapi.. nampak kepuasan kat muka masing-masing tu.

    ReplyDelete
  2. Salam.. kad ni percuma ye? Khas utk kanak2 atau dewasa pun boleh guna? Sbb saya pun dpt kad ini petang td. Saya risau salah bagi oleh petugas sbb dia xde nyatakan Komuter link

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khas untuk kegunaan kanak-kanak, pelajar dan warga emas sahaja. Macam kad Touch N Go. Cuma perlu topup. Untuk dewasa kena beli tiket di mesin tiket.

      Delete
  3. salam,kad ni ada potongan harga atau pun mmg sama je mcm touch n go?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sama function mcm touch n go tapi untuk harga kanak-kanak dan warga emas/pelajar lebih murah

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram