Eco Wellness Sanctuary, Bandar Botanik ~ Me Time untuk Wanita

by - April 27, 2018

Assalamualaikum..

Lama sebenarnya Lynda tak jejak kaki ke spa. Kekangan masa dan kekangan kewangan pun ye juga kan. Sebab pandangan kita tentang spa ni adalah mahal, ekslusif dan hanya indah pada nama sahaja. Tapi baru-baru ni Lynda berpeluang memanjakan diri dan luang masa untuk diri sendiri selama 2 jam 30 minit di Eco Wellness Sanctuary, Bandar Botanik Klang. Terima kasih untuk Encik Hubby yang beri izin dan ruang waktu ni untuk santai-santai dan tenangkan fikiran. 
Kali terakhir pergi spa rasanya masa buat rawatan pengantin. Bayangkan berapa lama tu. Kahwin dah nak masuk 9 tahun. Tapi ada juga pengalaman yang tak seronok di spa tu dulu. Berbeza dengan pengalaman di spa ini. Eco Wellness Sanctuary ni menawarkan pelbagai bentuk rawatan dari hujung rambut ke hujung kaki.

SUASANA SPA
Melangkah masuk disambut oleh penyambut tetamu dan beberapa orang ahli terapi. Dan yang penting, lelaki tidak dibenarkan masuk. Jadi, tak usah risau dengan aurat kita sebab lelaki memang tak ditawarkan untuk buat rawatan di sini. Sampai je, Lynda dihidangkan dengan teh halia panas dan diberi sepasang selipar. Masuk je dah dilayan macam puteri raja ni. Terus tak sabar nak mulakan rawatan.
RAWATAN DI TINGKAT BAWAH
Di tingkat bawah, disediakan tempat untuk rawatan refleksologi kaki. Kaki kita akan dimanjakan di sini. Mana yang sakit kaki tu, boleh pilih rawatan mudah ni dengan harga yang berpatutan. Sambil urut tu bolehlah pejamkan mata sekejap dan berehat. Lupakan semua urusan kerja dan rumah. Tenangkan diri.

RAWATAN DI TINGKAT ATAS
Di tingkat atas spa terdapat bilik terapi. Ada lebih kurang 12 katil untuk terapi, 2 bilik sauna, 1 bilik persiapan dan 2 bilik air yang lengkap. Ada juga disediakan loker kalau nak simpan barangan berharga. Suasana spa ni malap dan tenang serta sentiasa diiringi muzik yang dipasang perlahan. Memang rasa macam puteri raja.
 
PENGALAMAN DIULIT BAGAI PUTERI
Untuk rawatan kali ni Lynda ambil 1 pakej sekaligus iaitu terdiri daripada Body Scrub (Organic Salt Scrub), Organic Oil Massage dan FAR InfraRed Sauna. Semua rawatan ambil masa 2 jam 30 minit. FAR InfraRed Sauna tu sebenarnya percuma sekiranya mengambil rawatan hampir 2 jam. 

Bermula dengan rawatan Body Scrub, badan akan digosok dengan garam organik. Semua bahan yang digunakan organik ye. Jangan risau. Dan ahli terapi ni pun takdalah ganas sangat. Elok je dia tolong sental badan kita. Dan yang penting tak sakit. Sebab pengalaman buat body scrub dulu pernah guna berus gosok badan. Macam nak tercabut kulit. Ni siap tanya dengan ahli terapi, sakit tak. Dia gelak je. Dan betul tak sakit.

Lepas rawatan ni, boleh mandi sebab badan penuh dengan garam kan. Mandilah puas-puas. Yang seronok badan rasa sangat selesa sebab daki-daki degil dah hilang. Lepas mandi ni, sambung untuk Organic Oil Massage pula. Minyak yang digunakan pun tidaklah wangi sangat dan yang penting tidak meninggalkan langsung kesan berminyak. Jadi, memang tak perlu mandi lepas berurut. 

Dan yang paling hebatnya, ahli terapi ni akan pastikan kita bertenang sebab dia pandai tengok kalau badan kita melawan atau rasa sakit. Dia akan tepuk perlahan cuma nak beritahu, bertenang dan relaks. Meletup-letup badan lepas tu tapi yang penting lega sebab dia pandai cari urat juga. Memang terlatih.
Selesai berurut, boleh terus ke bilik Far InfraRed Sauna. Masuk sauna ni bukan semata untuk kurus ye tapi untuk melancarkan kitaran darah dalam badan kita. Ikut juga pada badan seseorang itu. Ada orang akan berpeluh dengan banyak dan ada juga tidak. Semua bergantung pada badan. Tapi memang mula-mula rasa ok je duduk dalam sauna. Tenang sebab suam-suam kuku. Lama-lama suhu naik tapi jangan risau, sebab kita boleh keluar sekejap minum air dan selesakan diri. Jadi, kawal sendiri dan ikut kesesuaian badan sendiri. Memang berbeza dengan sauna tradisional.

RAWATAN YANG DITAWARKAN
Tengok je lah pilihan rawatan yang ada. Dan harga yang ditawarkan pun amat berpatutan. Macam tak percaya je harga murah macam ni. Semua ahli terapi adalah daripada Thailand. Tak pandai cakap bahasa Melayu. Jadi, sepanjang rawatan hanya ditemani dengan bunyi muzik tanpa sempat membawang. Haha.. Sebab tak boleh pun nak ajak borak. Jadi memang akan rasa sangat tenang dan memang `me time'.
Lepas ni mungkin boleh buat acara bulanan ni. Sebab harga pun berbaloi dan yang penting tenang. Yang nak cari masa untuk diri sendiri atau badan perlukan urutan dan nak tenangkan fikiran, boleh ke EcoWellness Sanctuary ni dan alami sendiri. Memang antara yang terbaik dengan harga dan servis yang hebat. Selanjutnya boleh hubungi EcoWellness Sanctuary :

Lokasi : Bandar Botanik Klang (Bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Bandar Botanik)
Waktu Operasi : 11 pagi - 11 malam
Phone : 018-2217455 / 03-33243780
Waze : Eco Wellness Sanctuary


Lynda Che Lah

You May Also Like

2 Perkongsian

  1. rajin gak lalu sini dan nampak,,menarik harga pun berbaloi ni.

    ReplyDelete
  2. seronok rasanya bila dapat berehat di spa.
    Janji Kita

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram