Makan Di Johor Bahru ~ Restoran ZZ Sup Tulang dan Murtabak Cheese

by - April 15, 2018

Assalamualaikum..
Tak susah nak cari makan di Johor. Google je dan keluar pelbagai pilihan makanan yang boleh dimakan di Johor. Antaranya adalah Mee Rebus, Murtabak, Sup Tulang, Sup Tulang Merah. Terasa nak makan apa tu Insha Allah ada.

ZZ SUP TULANG
Bila ke Johor, automatik kita akan teringat pada ZZ Sup Tulang. Apa istimewa makan kat sini? Kenapa menjadi sebutan. Restoren ZZ Sup Tulang terletak di berhampiran Galeri Seni Negeri Johor. Kalau Waze mesti jumpa. Dapat tengok kawasan perumahan lama masa zaman merdeka. Menarik.

Kami ke ZZ Sup Tulang waktu malam. Restoren ini dibuka sampai jam 11 malam. Dan dari jam 7.00 pagi dah penuh orang. Konsep adalah open air. Ada banyak gazebo dan boleh pilih nak duduk mana. Servis malam tu lancar. Tak payah tunggu lama. Hidangan makanan selain Sup Tulang dan Mee Rebus adalah makanan panas seperti pelbagai jenis nasi goreng dan western food. Semua ada di sini.

Malam tu kami order Mee Rebus Gearbox dan Sup Gearbox.  Sup Gearbox tu kawankan dengan nasi dan telur dadar. Mee Rebus cukup rasa, pekat dan sedap. Gearbox tu Ya Allah, sedap tak terkata bila sedut-sedut tu. Bukan selalu ye makan macam ni. Sekali sekala boleh. Daging yang ada sekeliling tulang pun empuk dan tidak liat. Kalau singgah Johor memang kena pergi lagi.

Harga untuk Gearbox ni pun tak mahal. Untuk Mee Rebus Tulang ni RM9.50 manakala untuk Sup Tulang tu RM7.50. Murahkan dengan rasa yang istimewa tu. Kami order air buah malam tu dan 2 pinggan nasi. Jumlah makan malam tu dalam RM40++. Berbaloi datang dari Silka Hotel jarak perjalanan 20 minit.

MURTABAK CHEESE
Kalau nak makan murtabak sedap kena pergi Johor. Kenapa Johor dan murtabak signifikan ye? Dulu masa mengandungkan Qhalif, mengidam nak makan Murtabak Singapura. Tapi tak dapatlah. Jadi kali ni ke Johor lepas Qhalif berumur 4 tahun, nak juga cari Murtabak. Kebetulan masa di Legoland, Kak Tati beritahu, kalau Lynda nak makan murtabak sedap, pergi Kampung Melayu. Waze je Masjid Kampung Melayu di sana pelbagai pilihan kedai makanan Melayu.

Kami ke sebuah kedai bersebelahan gelanggang futsal Kampung Melayu Majidee, Jalan Aman. Nama kedai Roti Canai Man Tebor. Ada tebar murtabak. Lynda order Murtabak Daging dan Murtabak Daging Cheese. Ya Allah. Kenapalah murtabak sedap sangat kat Johor ni. Cukup isi dan daging, kulit murtabak sedap dan garing. Makan yang cheese pun tak muak. Hari tu order 2. Habis makan. Biasa kalau makan Murtabak tak abis tau.


Kak Tati ada suggest kedai ABC Coklat. Tapi parking tepi jalan tu penuh. Terus ke Jalan Aman ni. Lain kali singgah ABC Coklat tu. Syurga makananlah Johor ni. Cuma kali ni pergi tak sempat pergi kacang poll dan sup tulang merah. Dan rangkaian restoren Seafood, nasi beriani dan Laksa Johor. Eh..Banyaklah tak sempat nak pergi. Memang kena arrange trip makan-makan di Johorlah nampaknya ni..xoxo

Lynda Che Lah

You May Also Like

1 Perkongsian

  1. salam..
    singgh sini smbil isi perut..ehh
    haha terliuq jap...heee =D

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram