26 April 2018

Personalized Jigsaw Puzzle di Printcious.com

Assalamualaikum...

Anak-anak Lynda terutama Qoid suka sangat buat puzzle. Mungkin sebab memang minat dia dengan benda macam ni. Dia boleh leka buat puzzle tu sampai siap. Tapi sekarang belikan yang simple je dulu sebab pening pula dia nak cantumkan kalau complicated sangat. Baru-baru ni terfikir pula nak buat puzzle sendiri. Guna gambar sendiri dan Lynda terjumpa Printcious.com. Boleh buat personalized jigsaw puzzle sendiri!

Lynda pun dah mula jenguk-jenguk laman web ni. Macam-macam boleh buat sendiri. Bila dah buat, cantumkan, boleh dibingkaikan juga bagi mengelakkan hilang 1 keping. Hehe.. Kalau dibingkaikan ni pun nampak menarik nak gantung di dinding. Mesti seronok anak-anak tengok gambar sendiri atau gambar keluarga dibuat dalam bentuk begini. Sebab kanak-kanak kan cepat tertarik dengan sesuatu yang baru kan.
CARA TEMPAHAN YANG MUDAH
Nak tempah pun senang je. Pilih produk apa nak buat > pilih gambar > Boleh tambah teks jika perlu dan terus tempah. Senang kan. Dan harga yang ditawarkan untuk cenderahati sendiri ni pun berpatutan. Untuk hadiah ulangtahun ke, hari jadi. Mesti yang dapat hadiah ni rasa sangat dihargai sebab macam 1 usaha yang menarik kan. Boleh juga abadikan kenangan sempena kelahiran anak-anak, kenangan bercuti terutama gambar pemandangan yang cantik dan gambar menarik yang susah nak diambil. 

PELBAGAI BENTUK CENDERAHATI
Sekarang ni pun, zaman digital ni kebanyakan gambar kita simpan dalam pendrive atau komputer kan. Jarang ada yang cetak gambar macam dulu. Jadi di Printcious.com ni selain daripada buat Jigsaw Puzzle, boleh buat Mug, sarung bantal, T-shirt malah boleh buat keychain. 

Kalau bajet banyak dan ada nak buat hari keluarga ke atau sambutan ulangtahun secara besar-besaran, Printcious.com sedia menerima tempahan. Boleh buat woven bag, Tshirt dan Button Badge rekaan sendiri. Harga pun antara RM20-RM39 bergantung kepada kuantiti. Lagi banyak lagi murah. 
Antara contoh pelanggan mereka adalah Digi Malaysia dan Ikea Malaysia. Cantik je semua cenderahati tu seragam. Lynda kalau ada rancangan nak buat majlis besar untuk anak-anak ni, senang je. Jenguk sini dan pilih hadiah yang bersesuaian nak diberikan pada kawan-kawan sekolah Qoid. 

HADIAH UNTUK SI DIA
Kalau kadang-kadang buntu nak belikan hadiah untuk suami ke, kita boleh pilih nak buat hadiah apa. Hadiah macam ni lagi istimewa kan. Sebab ada nilai sentimental gitu. Kalau Lynda, nak buatkan mouse pad suruh letak kat ofis. Hadiah yang istimewa juga tu. Untuk hadiah ulangtahun pun, boleh pakai Tshirt yang sama. Hehe. Sebab jarang dan susah nak dapat couple Tshirt  yang menarik kan. Lagipun, kalau nak order di luar ni, kena ada minimum order tapi di Printcious.com, 1 pun boleh buat. Macam Lynda nak buat untuk kami 4 orang, baik order je di sini.
Jadi, kalau korang dah buntu nak bagi apa kepada yang tersayang atau ada rancangan nak buat sambutan yang besar-besaran, souvenir gift ideas for event guests, boleh jenguk-jenguk ke Printcious.com. Insha Allah, mereka boleh bantu menghasilkan impian korang di pada mug cantik atau pada sarung bantal. Mesti tak percaya muka kita yang ada kat sarung bantal tu. Tapi biasalah, anak-anaklah yang paling teruja tengok hadiah macam ni kan.

Dan selain itu juga, sekarang kan trend photo boothSambil bagi mug cantik pada kawan-kawan atau keluarga boleh bergambar dengan photo booth rental dan simpan sebagai kenangan. Mesti majlis tu nanti jadi antara kenangan terindah untuk semua. Selanjutnya boleh ke :


Lynda Che Lah



2 comments:

  1. Pernah buat dulu.. bagi birthday present kat husband.. seronok..

    ReplyDelete
  2. bestnya buat jigsaw dengan printicious

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram