Review ~ Silka Hotel, Johor Bahru

by - April 14, 2018

Assalamualaikum..

Trip ke Legoland hari tu pening nak pilih hotel. Banyak pilihan hotel berdekatan Legoland. Tapi ke tempat makan menarik di Johor dari Legoland ambil masa setengah jam. Sekitar Legoland boleh kira bandar mati kalau dah malam tu. Jadi, Lynda pilih untuk menginap di Silka Johor Bahru.


KONSEP APARTMENT
Konsep Silka ni adalah apartment. Sekeliling Silka ada banyak apartment dan kondo. Berdekatan dengan Tesco Plentong, Masai. Parking ada yang berbayar. Betul-betul depan lobi. Sekali masuk cas RM10.00. Kalau nak parking percuma sebab kita nak keluar masuk, boleh parking di parking bay. Tahap keselamatan tak perlu risau sebab sentiasa dikawal sebab berkongsi dengan kondo dan apartment persendirian.

FAMILY ROOM
Anak-anak dah besar memang tidur sendiri. Jadi, sekarang kalau ada rancangan menginap di hotel kena pilih bilik yang besar dan mempunyai 3-4 katil. Lynda pilih Family Room dari aplikasi Agoda untuk 2 malam berharga RM350.00++. Murahlah kan. Dan bilik sangat luas. 2 ruang tidur, 2 bilik air, ada seterika, ada cerek dan peti ais. Penghawa dingin dan TV di kedua-dua ruang. Puas hati. Dan anak-anak happy sangat sebenarnya sebab ada ruang sendiri untuk mereka tengok TV dan main lompat-lompat.





FASILITI
Selain parking yang luas dan percuma, Silka ada swimming pool. Biasalah anak-anak ni. Asal dengar je nama hotel, dia dah awal-awal set nak mandi kolam. Sebab bukan selalu pun kan mandi kolam ni. Jadi, bila ada peluang macam ni, Lynda memang akan cari hotel dengan kolam renang. Supaya mereka tak bosan duduk dalam hotel. 



Kolam renang Silka ni besar dan berkongsi dengan apartment sebelah. Jadi nak ke kolam renang, kena naik melalui parking di Level 1. Dan seronok sebab biasanya, kolam renang apartment tak penuh orang. 2 hari mandi kolam sampai puas.

SILKA JB BERHANTU
Anggapan pertama orang bila beritahu Lynda menginap di sini. Kalau Google pun suggestion yang keluar adalah Silka JB Berhantu. Tapi kat Malaysia, asal nak tidur hotel mesti nak tahu berhantu ke tak. Mungkin ada sesetengah hotel terdapat gangguan tapi Alhamdulillah sepanjang menginap di Silka Hotel JB ni takda gangguan dan masalah. Suasana tenang dan tak dengar pun bising lalu lintas walaupun tepi Lebuhraya Pasir Gudang dan tak dengar orang berjalan atau bercakap di luar bilik. Kiranya, anak-anak tidur di ruang lain pun takde gangguan. Jadi terbuktilah dakwaan Silka Hotel JB berhantu tidak tepat. Tapi ada hantu lain.. Hantu CJWowShop...heheh..ni Lynda cerita post lain nanti.

SUKA JOHOR BAHRU 
Setiap kali makan pun, kami akan keluar. Sepanjang hari di Legoland pun lepas tu makan dekat luar. Besarnya JB. Bersih, cantik dan highway luas dan besar. Perjalanan dari 1 tempat ke 1 tempat pun mudah. Dibantu Waze. Cantik juga tengok JB waktu malam. Tak sempat nak ke semua tempat di JB. Insha Allah ada plan lagi ke JB. Kali ni nak menginap di tengah hutan batu JB. Malam tu ke Danga Bay. Masih seperti pergi 6 tahun lepas. Nanti Lynda share makan apa best di Johor. Pun tak sempat pergi semua. xoxo


Lynda Che Lah



You May Also Like

3 Perkongsian

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  2. besar juga hotel di Silka ni yer.. nice sharing lynda. boleh buang tanggapan orang yang label hotel silka ni berhantu. kalau kita baca doa untuk diri dan anak-anak2 inshAllah Allah perlihara kat mana2 jer kita pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Huda. Insha Allah. Sebelum masuk mana-mana tempat, eloklah kita amalkan doa perlindungan diri dan anak-anak. Pelihara adab. Insha Allah

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram