Tengok Wayang di Beanie Plex TGV

by - April 22, 2018

Assalamualaikum..
Sejak anak-anak dah besar ni, bolehlah nak mula semula hobi tengok wayang. Dulu masa berkawan dan bercinta, hobi kami suami isteri sama. Tengok wayang. Zaman kolej dulu, setiap kali cerita baru keluar kat pawagam tu, memang pergi. Dulu pakai harga student murahlah RM6 kalau tak silap. Lepas kahwin dan Qoid lahir, memang slow down sebab tak pandai nak bawa Qoid tengok wayang. Adalah cuba masa dia umur 3 tahun, tapi takdelah dibuat sebagai hobi.

Bila ada Qhalif ni, pun takde pergi pawagam. Cuma sejak akhir-akhir ni bila dorang dah pandai kawal diri dan terkawal, baru kami cuba nak pergi tengok wayang balik. Dan sekarang ada banyak pilihan tempat duduk dalam pawagam. Terbaru, Beanie Plex dan Family Friendly. Tapi kami lagi selesa pilih Beanie Plex sebab boleh baring-baring dan anak-anak terkawal.Lagipun pilihan cerita untuk Family Friendly pun cuma khas untuk kanak-kanak. Bukan apa, Qoid dan Qhalif suka action movie juga. Sama macam Ibu dan Ayah.

BEANIE PLEX TGV
Baru ni, bawa anak-anak tengok Rampage. Memang suka The Rock ke apa tak tahulah. Tapi seriously semua lakonan The Rock best. Kita tengoklah ye cerita apa yang sesuai nak bawa anak-anak ye. Kami biasa beli tiket online je. Sebab Beanie Plex Sunway Pyramid ni ada 1 bilik sahaja. So, kalau penuh masa walk in memang kena tunggu next show. Harga untuk 2 tempat duduk adalah RM55.00 termasuk booking fee. Harga di setiap tempat berbeza ye. 

KANAK-KANAK BOLEH MASUK BEANIE PLEX?
Masa nak beli tiket, tertanya-tanya juga boleh ke kanak-kanak masuk Beanie Plex? Jawapannya boleh sebab Beanie Plex ambil kira harga seat. Bukan harga perhead. Tapi kalau anak dah besar-besar takkan nak tumpang seat Ibu Ayah kan. Ambil lah lagi 1 seat. 

Yang selesa tentang Beanie Plex ni adalah sebab boleh baring. Ada yang siap bawa selimut. Harap yang bawa selimut tu kekasih halal lah ye. Jangan pula korang yang belum halal tu sibuk nak masuk Beanie Plex siap bawa selimut. Ahkak hempuk karang! Selain tu, ruang kaki amat luas dan bertingkat. Walau macam mana berdiri pun tetap tak halang pandangan orang belakang. Macam private section. Tu sebab Lynda cakap, datanglah dengan kekasih halal ye. Jangan nak buat onar dalam ni.

Macam Qhalif ni dia cepat bosan. Jadi dia akan mula panjat-panjat dan tak duduk diam. Tapi tetap tak mengganggu orang lain. Paling senang pujuk dia suruh baring. Nak tertonggeng ke apa semua boleh. Paling habis nanti, dia tidur. Habis cerita. Hehe..

Sekarang tunggu Avengers pula. Boleh pergi Beanie Plex lagi. Salah satu cara juga nak isi masa dengan anak-anak. Seronok tengok dorang teruja tengok layar yang besar dan aksi depan mata. Bolehlah mula semula hobi ni dengan dorang kan..xoxo

Senarai Beanie Plex TGV (Lembah Klang) : 
  1. 1 Utama
  2. Sunway Pyramid
  3. Sunway Putra KL
  4. SetiaWalk Puchong
  5. Jaya Shopping Centre PJ

 Beli secara online di www.tgv.com.my

Lynda Che Lah

You May Also Like

4 Perkongsian

  1. lama jugak tak tengok wayang , boleh lah torai cinema ni

    ReplyDelete
  2. seronok diorang.. hehe

    Jemput join segmen ejulz :)
    http://ejulz.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html

    ReplyDelete
  3. Wahh bestnya seat barney nie.selesa klu nak ddk sefamily sambil menonton kan

    ReplyDelete
  4. Nak try D-box dulu.. lepas ni nak try beanie seat pulak laa..

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram