13 May 2018

Melantak Steak Hub ~ Makan Steak di Melaka

Assalamualaikum..
Alahai entri Melaka 1 pun tak buat lagi. Takpe, Lynda kongsi dulu 1 tempat makan best di Melaka.  Nak makan apa bila ke Melaka selain asam pedas, boleh cuba ke sini. Untuk yang nak sambut hari lahir atau ulangtahun dan nak makan ala-ala fine dining, boleh pilih ke Melantak Steak Hub di Taman Klebang Utama, Melaka. Dekat je dengan Muzium Kapal Selam dan Dataran 1Malaysia. Dan parking amat mudah selain mudah nak nampak restoren ni sebab di tepi jalan besar je.

DEKORASI DAN PILIHAN DAGING DI MELANTAK STEAK HUB
Susun atur selesa dan disambut dengan peti sejuk beku berisi pelbagai pilihan daging kambing, ikan, daging lembu dan wagyu. Siap ada harga dah mengikut gram. Hanya pilih nak yang mana. Kalau tak pasti, chef akan bantu anda pilih. Macam Lynda hari tu, ada chef terangkan tentang daging lembu yang mereka ada. Semua daging diimport daripada New Zealand dan diternak oleh orang Malaysia di sana. Jadi disembelih dengan cara Islam. Selain tu ada ikan salmon yang diimport dari Norway. Wagyu pun ada. Tapi Lynda tak pilih Wagyu malam tu.

MENU PILIHAN

Malam tu makan Lamb Chop yang sedap gila! Selain tu daging lembu dimasak Medium Rare dan Seafood Carbonara. Qoid order nasi goreng Cina. Portion sangat banyak sampai kami tapau Carbonara dan nasi goreng buat sarapan. Harga sepinggan pun dalam RM12 ke atas. Nasi goreng tu dalam RM7. Jumlah malam tu termasuk minuman untuk 4 orang, cheese tart dan popcorn RM128 je. Murahkan. Daging yang Lynda pilih harga dalam RM41. Lamb chop tu RM29.90.

MELANTAK LAH KO JANJI SELAWAT

Sedap sangatlah tu makan guna tangan. Sebab macam tak puas nak pakai garfu dan pisau. Daging tu sangat juicy dan berperasa. Tak liat, tak keras. Memang paling puas hati makan lamb chop kat sini. Mashed potato tu sangatlah berkrim dan tak muak. Seriously ni kali pertama kami sangat puas hati makan lamb chop. Portion banyak tapi Encik Hubby boleh habiskan sorang. Licin tinggal tulang. Sampai dia cakap, lepas ni nak makan lamb chop, kena pergi Melantak. Melantak lah ko janji selawat! Haha.. Moto Melantak Steak Hub ye ni. Lynda memula heran juga tengok moto ni. Lama-lama gelak.

Selain hidangan steak, Melantak Steak Hub ada menyediakan masakan panas lain seperti nasi goreng, pasta, pilihan kek dan pencuci mulut lain. Kalau taknak makan steak boleh order yang lain juga. Insha Allah pergi Melaka memang akan jadi tempat wajib singgah selain Coconut Shake Klebang dan Keria Antarabangsa. Siapa nak pergi Melaka tu boleh singgah. xoxo


Alamat : NO 11 & 13, JALAN KU 1, TAMAN KLEBANG UTAMA, KLEBANG, MELAKA

Contact No : 06 2886019 / 012 2270216 /016 6603510 /019 6567040

 Waktu Operasi : 12 tengah hari - 12 tengah malam (Rabu Tutup)

Lynda Che Lah



2 comments:

  1. balik kampung husband bleh try cni pulak nanti.. tq share

    ReplyDelete
  2. dh nama macam dekat menate erk..hehee..ala kat melaka ke..ingat kl..nampak sedap

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram