PRU 14 - Malaysia Memilih dan Rakyat Menang! - LyndaCheLah.com

12 May 2018

PRU 14 - Malaysia Memilih dan Rakyat Menang!

Assalamualaikum..

9 Mei 2018
PilihanRaya Umum kali ke-14 dan selamat dah menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dalam pilihanraya paling bersejarah. Nak abadikan dalam blog untuk kenangan dan bacaan anak-anak suatu hari nanti yang Ibu Ayah ada ambil bahagian penting dalam pilihanraya bersejarah ni. Tapi sebelum mengundi, kami suami isteri ada buat perbincangan ilmiah sikit. Kaji dan timbang mana yang sepatutnya sehingga mencapai kata sepakat. Selamatkan Malaysia. Seminggu juga kami berbincang dan berdebat. Hahaha.. Saje suka-suka baca dan pilih.

Ini merupakan kali pertama Lynda mengundi dan kali kedua untuk Encik Hubby. PRU 13 dulu Lynda bertugas tapi tak dapat pun undi pos sebab kertas undi tak sempat sampai. Kali ni tak bertugas. Jadi memang akan pergi mengundi.
Encik Hubby mengundi sebelah pagi di kawasan lain. Dia pergi pun dalam pukul 11.30 pagi. Takda orang untuk saluran 6. Urusan pun tak sampai 5 minit sebab tak payah beratur. Tapi kat FB dan IG semua update kena beratur lama. Jadi Lynda pilih nak pergi sesi petang.
Lepas Zohor bersiap ke sekolah yang dekat dengan rumah. Kat luar kawasan sekolah tak nampak sesak. Sekali nak masuk saluran 5 tu beratur panjang. Silap percaturan. Lynda beratur dalam sejam juga. Tapi beratur bawah bumbung dan cuaca berangin. Kira takdelah teruk sangat menunggu tu. Takpe. Demi selamatkan Malaysia..ecececece..

Dakwat kekal kali ni memang lama kekal. Masa Lynda taip entri ni masih ada dakwat. Takdalah beria nak basuh pun. Biarlah hilang sendiri. Pergi makan kat kedai nampak ramai je berjari macam ni. Bersatu Malaysia macam ni. 

10 Mei 2018 
Kalau dulu masa PRU 13, tunggu juga keputusan di TV. Zaman tu, tak teruja macam sekarang. Malam tu kami suami isteri duduk sama-sama depan TV dan tukar-tukar siaran kalau bosan dengan komentator. Lebihnya, tengok keputusan melalui internet. Sebab kami yakin dengan pilihan rakyat Malaysia tahun ni. Rakyat bersatu. Untuk 1 tujuan je. Tak sedar pun dah pukul 3 pagi. Bila Tun M umum mereka menang. Bersorak suami isteri. Tidur malam tu pukul 3.45 pagi macam tu. Dan bila baring-baring tu siap cakap, nampak sangat kan kita ni dah tua. Kita ambil kisah sangat hal penting macam ni dan semuanya demi masa depan anak-anak. See, kami matang dengan pengalaman. 

Bangun pagi dengan semangat baru. Tak tahu kenapa. Tapi dengan Malaysia yang baru. Syukur masih aman dan semoga kepimpinan Tun M akan memperbaiki apa yang dah rosak dan diperbetulkan. Cuma, masa nak tunggu istiadat angkat sumpah tu, berdebar pun ada. Sebab pelbagai kemungkinan disebarkan di media sosial. Tapi syukur, Tun M angkat sumpah jam 9.40 malam 10 Mei. 
Sebak dan tabik untuk Tun M yang masih kuat semangat juangnya. Encik Hubby kata, inilah masa untuk Tun M menebus balik kesilapan lama beliau. Dan beliau menunaikan janjinya. Kalau semua ini terbaik untuk rakyat, apa salahnya kita cuba. Doa yang baik-baik semoga Malaysia dalam perlindungan Nya. Yang korup atau tak elok tu kita tukarkan dan rehatkan untuk muhasabah diri. Mungkin akan berubah juga dan membawa kebaikan kemudian hari. Tahniah rakyat Malaysia kerana berani berubah dan bertindak. Tapi dalam masa yang sama, ubah mentaliti dan sikap kita menjadi lebih baik. Demi masa depan yang lebih baik. Takkan nak harap Tun M je kan. Jom jadi lebih baik dan produktif.xoxo

Lynda Che Lah

1 comment:

  1. alhamdulillah! Hidup Tun M.. moga malaysia semakin maju jaya dengan sistem yang baru.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~