01 May 2018

Selamat Ulangtahun ke9 ~ Nol & Lyn

Assalamualaikum..
Hari ni genap 9 tahun kami mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah. Banyak yang dipelajari dan banyak yang nak dibaiki lagi. Dari segi komunikasi Alhamdulillah walau kadang misscomm juga. Tapi hanya kami yang tahu macam mana nak atasi.
Tahun ni tahun pertama bebas hutang rumah. Syukur. Apa yang penting dalam rumahtangga adalah, duit ko duit aku. Duit aku duit aku..ehhhhh.. Haha. Taklah. Kami suami isteri takde sorok sebarang pendapatan dan sebarang hutang. Semua kongsi sama rata dan tengok siapa yang uruskan. Gaji dia Lynda tahu berapa, apa perbelanjaan begitu juga sebaliknya. Insha Allah, urus sama-sama dan semoga dipermudahkan perjalanan perbelanjaan. Semua password  bank atau yang berkaitan pun kongsi.

Walaupun diberi izin bekerja, tapi masa kerja kena minta izin untuk keluar lunch jika selain dari urusan harian macam ambil anak dan pergi balik kerja. Sebab, kadang-kadang suami biasa dengan rutin kita kan. So, bila nak tukar sikit kena inform. Alhamdulillah, semua juga dipermudahkan.
Mana rumahtangga tak dilanda badai kan. Tapi yang paling penting, jangan kongsi kisah rumahtangga dengan sesiapa. Mudah je rasanya law ni kan. Tak payah nak share dengan kawan sepejabatlah apalah. Simpan dan uruskan sendiri. Kami sejak zaman berkawan banyak berbincang melalui sms dan WhatsApp. Jadi setiap pagi bila sampai ofis, akan WhatsApp untuk beritahu dah sampai ofis. Semua urusan anak atau lain-lain semua melalui WhatsApp. Dan di rumah, kami kawan baik. Kongsi semua. Alhamdulillah.
Harta paling berharga mestilah 2 orang budak ni kan. Walaupun kadang-kadang boleh buat darah tinggi, tapi kalau takde dorang ni memang sunyi. Kadang rasa bersalah kalau curi masa lunch keluar berdua. Mesti teringat dorang juga. Jadi, setiap apa buat mesti buat sama-sama.

Semoga Allah mudahkan segala urusan kami. Diberi kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan ibadah. Dari kurus sampai dagu berlapis masih lagi setia. Dari rambut hitam sampai beruban. Semoga kami diberi kesempatan menjadikan semua impian jadi kenyataan. Ada banyak tahun lagi yang mencabar mungkinkan. Semoga Allah berkati rumahtangga ini dan beroleh mawardah dan sakinah. xoxo

Lynda Che Lah



8 comments:

  1. Sweet sgt..happy anniversary both of u..moga kekal bahagia sampai jannah

    ReplyDelete
  2. happy 9th anniversary..smoga bahagia hingga hujung nyawa

    ReplyDelete
  3. Happy anniversary kak lynda comel..

    ReplyDelete
  4. happy anniversary.hutang rumah dah habis? tahniah..cepat sungguh kami ada baki 17 thn lg.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami jual rumah lepas tu hasilnya buat rumah. Tu dah habis hutang

      Delete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~

Instagram