Assalamualaikum..
Ya Ampun.... Lama sangat post ni parking dalam draf. Ni sebenarnya short trip and staycation masa anniversari bulan Mei. Sekarang dah bulan Julai. Lamalah kan peram cerita. Tapi end up nak share juga sebagai kenang-kenangan.
Konsep staycation Lynda sekarang dah bertukar. Dulu suka pergi staycation hotel. Sebab utama masa tu berdua je dengan encik Hubby, lepas tu ada Qoid. Sekarang dah ada Qhalif dan dorang berdua dah besar. Masing-masing nak katil sendiri dan tidur sendiri. Kenalah cari apartment atau pun bilik hotel yang lebih besar. Sebab lain juga sebab setiap staycation dimestikan ada swimming pool. Sebab, anak-anak ni pada dia, bercuti maknanya pergi mandi kolam.
Masa anniversari tu, memang plan ke Melaka je. Nak makan sedap, nak rehat dan bawa anak-anak mandi kolam. Scroll Booking.com dan tengok 1 staycation ni dengan kolam renang best gila!
Memanggil-manggil kot masa ni. Terus booked untuk semalam dengan harga RM320 utk apartment 1 bilik. Terletak di Taman Kota Syahbandar, berdekatan dengan Dataran Klebang. Ni apartment baru yang dilengkapi dengan tempat letak kereta yang banyak dan luas, dan keselamatan dengan touch card dan berpengawal. Memang sesuai untuk berehat sebab senyap sunyi je.
Kolam renang ni terletak di tingkat 7. Sejuk sangat air sebab angin kuat kan tingkat 7. Kagum dengan senibina bangunan ni sebab kolam renang ni terletak di atas tempat letak kereta 6 tingkat. Apartment bermula dari tingkat ini. Kolam renang ni besar sangat dan yang best juga sebab ada kolam kanak-kanak yang luas. Malam pun boleh mandi.
APARTMENT 1 BILIK THE BLISS MELAKA
Kolam renang ni terletak di tingkat 7. Sejuk sangat air sebab angin kuat kan tingkat 7. Kagum dengan senibina bangunan ni sebab kolam renang ni terletak di atas tempat letak kereta 6 tingkat. Apartment bermula dari tingkat ini. Kolam renang ni besar sangat dan yang best juga sebab ada kolam kanak-kanak yang luas. Malam pun boleh mandi.
APARTMENT 1 BILIK THE BLISS MELAKA
Konsep hiasan dalaman adalah Scandinavian. Cantik dan tersusun dengan peralatan teratur. Semua ada daripada induction cooker, ketuhar gelombang mikro, peti ais dan utensil. Untuk 1 bilik ni, dapat 2 katil double bed. Anak-anaklah seronok dapat katil sendiri. Memang sekarang pergi staycation kena macam ni. Untuk dorang pun.
Unit The Bliss ni ada banyak juga. Tengoklah kesesuaian nak yang mana untuk keluarga. Korang boleh tempah terus di Booking.com atau ke website The Bliss Melaka. Tapi di Atlantis Residence ni ada macam-macam staycation plan tau. Just Google dan pilih apartment kesukaan korang. Yang penting view dan kolam renang tu.xoxo
Website : The Bliss Malacca
Lynda Che Lah
7 Comments
bila p bercuti bw ank2 of course kena cr yg ada swimming pool...depa kalo dpt berendam tkmo naik kn...syok la kn pool tu beso ada slide lg tu..bilik apartment pn not bad
ReplyDeleteKlu ke Melaka lagi mesti nak menginap kat sini lg. Kita pun enjoy
Deletecantiknyaaa nampak mewah
ReplyDeleteKan cikSue...
DeletePemakaian baju renang ketat x?
ReplyDeletemesti pakaian renang yang sesuai. No Tshirt etc
DeleteMesti pakai pakaian yg sesuai....3 org Jaga ditempatkan sekitar kolam...dia akan tiup wisel jika pakaian kita tak sesuai
ReplyDelete~Dah Baca Tak Mahu Komen?~