Assalamualaikum...
Kalau pergi Melaka, apa yang dah terbayang kat kepala ni? Coconut Shake Klebang, Coconut Shake Batu Berendam, Ikan Bakar Umbai, Keria Antarabangsa, Asam Pedas kan? Tapi kali ni Lynda nak ajak korang cuba, satu tarikan lagi baru kalau ke Melaka. Kena masuk dalam senarai nak makan apa kalau ke Melaka.
MANGO FLOAT ROYALE, KG. SG. PUTAT, MELAKA.
Macam mana nak sampai sini? Korang kena ke arah Batu Berendam. Tak jauh daripada Coconut Shake Batu Berendam tu. Senang nak nampak pun sebab tepi jalan je. Nampak papan tanda merah jambu ni dah sampailah tu. Lagipun, tak mungkin terlepas sebab kedai ni ramai orang. Mesti nak terjah punya. Hari tu, Lynda pergi awal. Dalam pukul 11.30 pagi. Belum penuh dan selesa.
LAYAN DIRI
Kat sini sila beratur untuk dapatkan minuman anda. Harga 1 cawan adalah RM5.50. Selain daripada Mango Float, ada macam-macam makanan lain. Nasi ayam, mee kari, western food, chorrus, semua adalah. Kira One Stop Centre lah untuk makan tengah hari atau minum petang. Servis pantas dan cepat. Kalau nak minum di sini atau bungkus, boleh bagitau je pada mereka. Setakat yang Lynda berada di situ, semua lancar.
ISTIMEWA MANGO FLOAT
Apa yang istimewa sangat dengan mango float ni? Ia adalah air mangga yang dihidangkan dengan aiskrim vanila dan ketulan buah mangga dipotong kiub. Sedap. Seorang memang boleh minum abis 1 cawan tu tanpa rasa muak sebab air mangga ni tak terlalu manis. Begitu juga dengan kiub buah tu. Ditambah pula dengan ketulan ais yang kecil-kecil. Memang sesuai minum waktu tengah hari. Hari tu kami bungkus untuk perjalanan pulang. Puas.
Memang lepas ni, kalau ke Melaka, akan singgah ke sini. Satu hari minum Coconut Shake, 1 hari minum Mango Float. Sebab pergi Melaka memang untuk pergi makan kan..hehe.. Tak pernah jemu kalau cari makan kat Melaka ni. So, kalau cuti-cuti nanti tak tau nak ke mana, mungkin boleh pergi Melaka. Jalan-jalan sambil makan.. Mango Float ini dibuka setiap hari. Tak kisahlah kan nak pergi bila nanti. Kena arrange trip ni pergi Melaka lagi..xoxo
Waktu Operasi Mango Float Royale Melaka :
Setiap hari
Isnin-Sabtu
12.00 tengah hari-6.30 petang dan 8.30 malam-11.30malam
Ahad
11.00 pagi - 6.00 petang
Alamat:
Mango Float Royale Melaka
Kampung Sungai Putat,
75350 Batu Berendam, Melaka
WhatsApp : 017-678 3602
Lynda Che Lah
0 Comments:
Post a comment
~Dah Baca Tak Mahu Komen?~