26 January 2020

, ,

Bercuti di Pulau Perhentian

Assalamualaikum..
Pulau Perhentian? Apa yang korang bayangkan? Pantai yang bersih, pasir putih halus, air crystal clear, ketenangan dan jauh dari hiruk pikuk bandar? Bayangkan je pun dah best kan? Apatah lagi kalau dapat pergi. Lynda dah pernah ke Pulau Perhentian. Dan kalau tanya samada nak pergi lagi? Jawapannya adalah ya! Sebab apa? Nanti kita share sebab-sebabnya. 

Sebenarnya pun pergi sebab dekat dengan kampung ayah di Besut, Terengganu. Masa pergi tu drive naik kereta sebab balik kampung sekali. Tapi kali ini Lynda plan nak naik flight je. Nak senang, book KLIA Ekspres tickets online via Traveloka website. Naik je train daripada KL Sentral. Tau-tau setengah jam dah sampai airport. Nak ke jeti Kuala Besut, mudahnya kita ambil flight ke Kota Bahru. Sebab jarak perjalanan daripada Lapangan Terbang Kota Bahru ke Jeti Kuala Besut dalam 45 minit je. Dan trip ke Pulau Perhentian kena ambil bot atau feri di Jeti Kuala Besut.



Tentang pengangkutan daripada airport ke Jeti Kuala Besut ni tak payah risau. Kita boleh set awal-awal. Book je kat web Traveloka dan pilih find airport limo online. Nanti akan ada pemandu dan kereta yang akan bawa korang ke jeti. So, takkan ada masalah pengangkutan di sini. Kita pun dah book awal kan. Jadi urusan kat sini dah mudah.

WAKTU SESUAI KE PULAU PERHENTIAN
Nak pergi bercuti di pulau ni kita kena ambil maklum waktu monsun. Sebab kita nak naik bot kan. Jadi waktu yang sesuai untuk ke Pulau Perhentian adalah pada bulan Mac sehingga September. Masa ini kurang taburan hujan, jadi air laut cantik. Dapatla korang tengok laut yang jernih dan ikan nemo berenang.
Terdapat pelbagai pakej kalau nak ke Pulau Perhentian ini. Terpulang nak ambil pakej yang mana. Atau nak menginap sendiri pun boleh. Pilih je hotel-hotel yang tersenarai dalam laman web, dan arrange trip korang sendiri. Macam Lynda, tak suka ikut pakej. Jadi Lynda akan arrange tempat tinggal dan aktiviti. Tapi ini perbelanjaan lain ye. Kalau ikut pakej, semua dah siap dalam satu harga. So, terpulang pada masing-masing.

KE MANA DI PULAU PERHENTIAN?
Pulau Perhentian ini besar ye. Dan korang boleh pilih nak ke mana. Samada ke Pulau Perhentian Besar atau Pulau Perhentian Kecil. Dulu Lynda ke Pulau Perhentian Kecil. Kali ni nak ke Pulau Perhentian Besar pula. Di Pulau Perhentian Besar ada kemudahan seperti sekolah dan perkampungan nelayan. Dan lebih banyak resort. Cuma kalau nak buat aktiviti snorkeling banyak ke Pulau Perhentian Kecil. Sebab lebih teluk.Tapi dua-dua pulau ada pantai yang bersih dan pengalaman snorkeling yang takkan korang lupakan.

Masa trip sebelum ini, kami buat snorkeling ke 3 tempat kalau tak silap. Tak ingat sebab dah lama juga. Dan yang best dapat kejar penyu. Ini di Turtle Bay. Memang kami dapat tengok 2-3 ekor penyu. Tapi semua senyap je sebab tak sangka kan dapat berenang dengan penyu. Dan penyu ini tidak boleh disentuh sebab kalau kita sentuh, mungkin akan datang dia taknak naik lagi di permukaan sebab rasa bahaya dengan manusia. Jadi, hormat dan fahami penyu ok.
Selain snorkeling dan tengok keindahan dasar laut, korang boleh pilih untuk mandi manda di Lata Berani. Air yang keluar dari celah bukit ini adalah air bukit yang sejuk dan merupakan air tawar. Bolehlah nak bilas badan. Tapi memang kalau pergi pulau, takkan puas nak snorkeling dan mandi laut yang jernih. Lynda dah pernah ke Pulau Redang, tapi pada Lynda, Pulau Perhentian tiada tandingan.


Untuk menginap memang tiada masalah. Semua resort dan chalet menawarkan penginapan yang selesa. Makanan yang disediakan sedap-sedap tapi bersedia dengan kos. Namapun melancongkan. Tapi hasil laut kat sini tak mengecewakan. Masakan Melayu dan Barat semua ada. Tenang dan mendamaikan jiwa. Malaysia pun ada pulau cantik. Tak payah nak terbang jauh-jauh tengok pulau orang. So, selamat bercuti. Boleh dah kumpul duit ini untuk trip Mac nanti. Atau lepas raya.. hehe..xoxo

Lynda Che Lah

8 comments:

  1. wah bestnya..tak pernah sampai lagi ke pulau perhentian. ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. subhanallah cantiknya lah air laut tu. terpana memandang

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Sis Lynda Che Lah, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete
  4. Terkejut gambar kepala penyu tu. Huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. one of the places i wish to go but haven't got that chance yet.

    ReplyDelete

~Dah Baca Tak Mahu Komen?~