10 Kesilapan Biasa Dilakukan Wanita dalam Solat

Assalamualaikum..

Zaman sekarang ini beruntung sebab kita berpeluang belajar agama dengan mudah. Ada Live Ig, Youtube dan banyak sumber lain. Hikmah PKP pun ye kan. So, hari ni just nak share tentang 10 kesilapan biasa yang kita sebagai wanita lakukan ketika solat. Kesilapan yang kadang-kadang kita tak perasan pun kita buat. So, peringatan sebenarnya untuk diri sendiri ni dan Insha Allah sedikit perkongsian untuk wanita lain.

1. Tidak berdiri tegak
Antara rukun solat adalah berdiri tegak. Tak boleh bergoyang-goyang ke. Contohnya bagi yang nak solat duduk di kerusi tu kan, kena berdiri dahulu sebelum meneruskan rukun rukuk dan sujud. Sebabnya, kita masih boleh berjalan. Jadi cuba usahakan untuk berdiri dahulu dalam solat dan rukuk atau sujud dengan cara duduk. 

2. Tidak kedengaran Takbiratul Ihram
Takbiratul Ihram termasuk dalam rukun solat juga dan ia merupakan Rukun Qauli iaitu wajib dilafazkan dengan mulut dan jelas. Kebanyakan daripada kita wanita ini selalu tidak menyebut dengan jelas kalimah الله أكبر. Selalu macam berbisik je. Padahal kena sebutkan dengan jelas dan kuat. Sekurang-kurangnya kuat untuk didengari telinga sendiri.

3. Bacaan Al Fatihah الفاتحة
Bacaan Al Fatihah juga adalah Rukun Qauli iaitu wajib dibaca dengan jelas dan lengkap hukum tajwid. Dan sekurang-kurangnya bacaan perlu didengari telinga sendiri. Bukan dibaca di dalam hati. Jadi tak sah solat kalau bacaan Al Fatihah tidak dibaca dengan mulut.

4. Tiada Thomakninah (berhenti sebentar) antara rukuk dan sujud.
Kita kadang-kadang laju je bangun dari rukuk dan terus sujud kan. Di situ adalah thomakninah. Iaitu berdiri/berhenti sebentar dengan kadar sekurang-kurangnya sebutan SubhanAllah. Macam ada pause sekejap di situ. Berdiri sekejap sebelum kita teruskan rukun sujud.

5. Anggota sujud tidak dikenakan dengan sempurna terutamanya dahi.
Ada 7 anggota sujud iaitu 2 tapak tangan, 2 lutut, 2 kaki dan dahi. Selalu yang dapat dikenakan anggota sujud dengan tepat biasanya 2 tapak tangan dan 2 lutut tu kan. Kaki kadang-kadang ada yang angkat goyang-goyangkan. 2 kaki yang dimaksudkan adalah kesemua jari kaki kita perlu dibengkokkan sewaktu sujud. Dan pastikan Dahi tidak beralaskan kain telekung yang kita pakai tu. Kalau tak, tak sah solat. Kedua tapak tangan boleh berlapik sepertimana lapiknya 2 lutut kita.
6. Lafaz Tahiyat Akhir tidak jelas
Walaupun wanita disunatkan membaca dengan perlahan jika ada kaum lelaki, namun, bagi Rukun Qauli kita kena baca dengan jelas dan kuat untuk didengari telinga sendiri. Setiap ayat perlu disebutkan dengan jelas. Tahiyat Akhir perlu dibaca dan selawat perlu dilafazkan. Jangan seperti berbisik atau dibaca dalam hati.

7. Lafaz salam di dalam hati
Rukun Qauli yang lain adalah lafaz salam. Hukum melafaz salam pertama adalah wajib iaitu mesti didengari. Lafaz pertama iaitu السلام عليكم ورحمة الله perlu dilafazkan dengan jelas. Selain itu, tak perlu ditundukkan kepala sewaktu memberi salam. Cukup sekadar menoleh ke kanan, berhenti seketika dan toleh ke kiri. Kalau tak, kita akan melakukan 3 pergerakan yang boleh membatalkan solat. Kalau salam pertama tidak dilafazkan, tidak sah solat.

8. Tangan berayun ketika iq'tidal
Ini pun biasa buat sebab tak perasan. Anak-anak pun selalu kena tegur bab ni. Kita lepas bangun rukuk tu selalu turunkan tangan dan berayun. Padahal kena tahan tangan tu stay je. Kalau tak banyak kali berayun tu boleh membatalkan solat.

9. Pakaian nipis
Telekung pun kena pastikan telekung yang tebal. Telekung yang jarang dan nipis boleh menyebabkan aurat kita kelihatan. Telekung banyak kerawang tu pun kena pastikan tidak mendedahkan anggota kita. Kadang-kadang telekung warna putih agak jarangkan. So, pastikan pakai pakaian di bahagian dalam yang tidak menampakkan warna kulit kita. Kalau nak pakai stokin pun pastikan tidak nampak jari kaki.

10. Rukuk dan sujud sama
Ini terpakai pada mak-mak kita yang solat atas kerusi. Kedudukan rukuk dan sujud kena pastikan berbeza. Maksudnya, kalau rukuk 30darjah contohnya, sujud mesti lebih rendah dari rukuk. Sebab mak-mak kita yang solat atas kerusi ni kadang tak perasan pun rukuk dan sujud tu sudutnya sama. Ataupun sewaktu rukuk cukup tundukkan kepala. Jadi kena tunduk badan lebih sikit masa sujud. Kena ada beza antara rukuk dan sujud.

Tulisan ini pun peringatan untuk diri sendiri. Semoga kita dapat mendirikan solat dengan baik dan dapat memperbaiki mana yang masih kurang. Semoga bermanfaat. xoxo

Lynda Che Lah

Post a Comment

0 Comments